Pages

Sunday, March 12, 2017

Outstation Bersama Boss

Assalamualaikum wbt

Aku selalu fikir yang aku susah nak bekerja dengan makhluk yang bernama lelaki. huhu. Mungkin kerana aku rasa mereka susah nak difahami. Atau faktor yang dulunya aku bersekolah di sekolah all-girls-school for nearly 10 years. Tak cukup dengan tu, aku dibesarkan dengan adik beradik perempuan sahaja. Dalam adik beradik aku, along sulung dan disusuli dengan 4 orang lagi adik perempuan bawah dia. Masa kecik-kecik dulu, along dah masuk asrama sejak dari form 1, makin kurang la masa nak spend dengan dia. Gap umur pun jauh, more or less we haven't done so much things together pun. So hidup aku memang dikelilingi dengan semangat keperempuanan. Nasib baik tak jadi feminist yang radikal tu, lol. Anyway, up until now I still think one gender school is the best. Nak jugak, tak kira.

Okay lah, baru ni aku kena pergi satu majlis ni yang menghimpunkan pimpinan universiti. Jadi ber-outstation la kami sebagai wakil uia. Boss aku ni seorang pelajar medic uia which aku memang respect la sebab walau busy mcm mana pun dia, meeting tetap datang. Respon dalam whatsapp pun dia, semua lah senang cerita. Kalau bercakap tentang seorang figure ikhwah, dia la yang paling dominan bagi aku, mungkin sebab dia presiden obviously dan dia je yang aku banyak communicate pun haha! Kalau macam kat adelaide dulu, nampak sorang sorang pattern ikhwah ni macam mana, tapi kat uia ni aku macam tak boleh baca sebernya personaliti sorang-sorang ni. Ni juga antara faktor yang menyebabkan aku kurang husnozon dengan mereka. Ya tahu, tak baik huhu.

Disebabkan boss aku ni budak medic, aku rasa serba salah nk push2 boss aku ni walau kadang aku rasa aku jadi bossy sangat nagging tak sudah dalam group tu mengarah sana sini. Argh, I hate myself sometimes :/ Aku risau jee kalau aku kacau dia buat banyak benda. Kadang tu ada la masa yang penat tunggu dia reply, pastu aku ada thoughts yang 'ikhwah mmg semua cani kaan'. hahaha. Emo pulak tetiba, yerla aku buat kerja kalau boleh nak settle cepat. Nak dijadikan cerita, aku ternampak boss aku ni dok selak-selak nota dia sementara tunggu next slot. Selama ni memang aku ada thoughts yang mungkin dia busy etc, tapi part of it aku still in denial state yang macam "simple je kot, nk suruh reply je" kind of thing. Sekarang baru aku rasa kesiannya dia, bermujahadah antara study dan dakwah. Cuba sebaik mungkin nak balance kan dua benda tu. Entah kenapa time tu barulah hilang part in denial state tu. Terus aku berdoa supaya dia dapat jadi doktor yang berjaya soon.

So antara slot dalam majlis tu ialah pasal ujian personaliti. The idea is you have to know each and everyone of your team untuk kita senang handle anak buah atau pimpinan2 yang lain. Dan boss aku memang a total opposite dengan aku. aaaaaaa

Aku ialah seorang sanguine. The popular one (Buku kata)
Aku memang extrovert, suka jumpa orang, friendly, playful, cheerful, creative, adventurous, and very bright. My weakness is I am disorganised, forgetful, I have too much ideas but couldnt get it organised, it is always scattered around. Generally popular sanguine ni dorang kata kuat sembang je tapi kerja tak jalan. Ish. I do not know about other sanguine, but this sanguine walk the talk okay. hehe

Boss aku pulak ialah type perfect melancholic. Okay, dia rupanya perfectionist.
Introvert dan suka menyediri based on general idea tu la. Tapi soon after tu nampaknya terjawab juga persoalan aku apabila dia bangun untuk defend para melancholic ni. Buat aku terfikir lepastu, is this a confession, mate? Katanya, kerja jadi lambat & suka buat sendiri2 ialah sbb kurang percaya orang dan takut kerja tu tak capai expectation. Okay, aku ialah manusia yang sangat percayakan orang dan meraikan every single ideas anak anak buah aku, sebab for me itulah cara yang terbaik untuk perkembangan skill seseorang. Takde jawapan yang salah, yang ada cuma penambah baikkan. Tapi boss aku pula agak complex. lol.

Apa-apa pun, selepas majlis ni, aku dah makin berhusnuzon dengan dia dan semakin faham pattern dia. Aku harap, dia masih percayakan aku & tak terpengaruh dengan mitos sanguine tersebut.

Adios!

No comments: