Pages

Sunday, May 28, 2017

Nour Ain & Mercury

Salam Ramadhan yang ke-3!

Sebenarnya aku dah lama nak update pasal satu produk ni, yang aku percaya akan keselamatannya tapi news baru baru ni dah menghilangkan percaya aku 100%. Konon macam nak update review pasal kehebatan produk ni la, nak support local produk dan Melayu konon-kononya. Entah kenapa banyak hold post sampai la hari ni lemme reveal some shocking news instead of a good testimoni hmm

Aku memang ada kulit yang sensitif, kira cepat tumbuh jerawat bagai. So masa zaman matriks, muka aku jadi lagi teruk breakout, most probably sebab aku rasa kulit aku dah makin nak mendewasa kot. Ni bukan masalah pencuci muka, tapi ni memang isu kulit nak matang haha. Kan ke kita selalu ada satu point yang kulit memang akan breakout teruk semua kan. So that was my point. 

Lepastu, arwah mak pun risau sebab kat pipi dah makin banyak parut. Aku lek je sebenarnya sebab masa tu entah la kenapa malas nak care pasal kecantikan wajah huhu. So mak aku bawa aku ke pakar kulit. Mahal gila weh serius tak tipu. Tapi kulit aku jadi semakin lawa la. Berseri seri heee

Tapi masalahnye mahal sangat weh, RM300+ memang jenuh la kan. 

So aku fikir-fikir last last beli skin care product kat Australia masa tu aku guna Sukin. Best je very veryy organic. Cuma bagi aku sukin ni sesuai untuk kulit yang takde masalah. Decided nak guna sukin masa balik Malayia tapi susah betul nak cari. Jenuh juga aku kena check produk dia kat mana. Argh stress. Mostly kat area-area KL. Tapi bila jumpa produk tu mahal juga ya ampun kat sini.

So I decided to switch to other skincare which is a local product. 

Aku pun try Nour Ain gara-gara testimoni kawan baik aku yang study kat Ireland sekarang ni. Kulit dia cantik, dan dia buat stock banyak2 bawak gi Ireland. Lepastu dengar testimoni dari kawan kak yang yang seorang doktor jugak, Tapi Wan Syafiqa bukanlah seorang yang menggunakan produk secara semberono, kata saintis ekekeke, so aku pun buat homework. Baca ingredient dia lepaastu search dan cuba. Banyak juga la benda aku search demi meyakinkan aku produk ni iAllah selamat sebab aku sangat skeptikal dengan produk local ni. Takut ada bahan berbahaya. 

Tapi obviously, mestilah ada limitation kan walau kita search macam mana pun. Kemampuan aku hanyalah sampai membaca dan tengok ingredient bukanlah sampai run clinical test huhu.

So aku cuba, kesan mashaAllah okay, 
Adik aku pun cuba best la overall. Sampai orang tanya pakai produk apa bagai. Memang berkesan. Pakai sabun je pun dah oke. 

Sampaila aku jumpa news ni yang buat aku rasa macam eeeeee nak ban balik produk local sampai hati!


Kemain kata dalam blog produk kami takde mercury bagai. Cehhh. Serius aku macam bengang jugak la sebab bukan senang aku nk decide beli produk ni dan pakai. Sekarang rasa macam tertipu. Perasaan ni sama macam dicurangi dulu haha.

Actually produk nour ain yang ada mercury ni satu je night cream dia. Aku wonder pengeluar ni dia tahu tak kesan mercury sebenarnya? Ish serius aku geram sebab aku pernah try night cream dalam trial pack dan pakai sampai habis lagi buat aku bengang T.T

Walaupun aku tak pakai night cream tu dah sebab dah habis, aku dah makin ragu-ragu dengan produk dia yang lain. Sekali aku kena, dah rasa macam possible je ada penemuan yang memberhaya pulak dalam produk-produk dia yang lain. Aku puji kkm yang selalu buat check up kat semua produk-produk ni. Kawan aku pernah cerita kadang-kadang dorang ni pandai, hantar test utk kkm yang takde mercury, tapi kat kilang letak mercury laju-laju. Ini pun salah satu unsur penganiyaan kat pengguna kot. 

Anyway, muka aku masih dalam kondisi yang elok je sekarang ni. Tak nampak apa-apa yang membimbangkan lagi.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Okay dah separuh jalan aku tulis kekecewaan aku. Aku jumpa satu video tentang clarification nour ain tentang produk dia yang ada mercury tu.

Katanya, produk yang undergo clincal test dengan kkm tu tak valid. sebab batch number ke apa tah tu tak sama dengan produk yang di-test dengan kkm. 

Jadi mereka nasihatkan supaya nak purchase Nour Ain kena purchase kat kedai yang dapat kelulusan menjual barang dorang. 

Aku tag adik aku suruh dia tengok video ni tapi aku tulis jugak aku rasa macam nak tukar skin care kat situ hehehe, sekali nour ain reply kat situ lolll. Tapi okay la aku sejuk sikit baca komen dia kt situ 

KENYATAAN RASMI PIHAK ELSUHAZ (M) SDN BHD BERIKUTAN KES NOUR AIN NIGHT CREAM
.
Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera,


Pertama sekali, pihak HQ ingin memohon maaf diatas kekhilafan dan kekecohan yang timbul baru-baru ini. Sesungguhnya yang buruk itu datangnya dari kami sendiri, dan yang baik datang dari Allah SWT.
.
Berkenaan kes kenyataan pihak KKM tentang status Nour Ain Night Cream baru-baru ini, pihak kami berasa amat kesal atas apa yang telah berlaku kerana perkara/kes ini berlaku beberapa bulan yang lepas dimana pihak kami dengan penuh rasa professional dan tanggungjawab telah menyelesaikan dengan baik kes ini dengan pihak KKM. Setelah diselidik, kami dapati keputusan makmal bagi produk Nour Ain Night Cream yang dijalankan oleh pihak KKM berbeza dengan keputusan makmal yang kami jalankan. Walau bagaimanapun, kami dengan penuh rasa tanggungjawab telahpun menyelesaikan hal ini sebaik mungkin dengan pihak KKM dan mengikut prosedur-prosedur yang pihak KKM sarankan.
.
Tanpa diduga dan tanpa dibawah pengawalan kami, kami berasa amat kesal kerana perkara ini timbul dan menular dengan sebegini rupa beberapa hari yang lalu sedangkan perkara ini telah selesai antara kedua belah pihak. Oleh itu, pihak Elsuhaz (M) Sdn Bhd dengan rasa tanggungjawab sekali lagi berani menegakkan kebenaran dan telah mengeluarkan kenyataan melalui FB Live di laman Facebook kami. 
.
Menjawab persoalan berkenaan NOT number dimana banyak kekeliruan berlaku setelah berita ini tersebar. Malah ada beberapa pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan berita ini telah mengeluarkan NOT number yang BUKAN dibawah pendaftaran kami. Jika diperhatikan dengan teliti, berita kenyataan KKM yang menular ini, NOT number pada Nour Ain Night Cream yang dikatakan ditarik balik ini telah lama TIDAK WUJUD. NOT number semua rangkaian produk kami termasuk Night Cream/Repairing Night Cream masih sah sehingga kini. Kepada yang masih ragu-ragu, anda boleh ke laman web bpfk dan menyemak NOT number produk Nour Ain Beauty Care.
.
Berkenaan status merkuri didalam Nour Ain Night Cream/Repairing Night Cream yang berada dipasaran samada pembungkusan lama mahupun baharu, sejujurnya dan seikhlasnya, kesemua produk kami InsyaAllah selamat digunakan dan BEBAS MERKURI. Seperti yang dinyatakan, pihak syarikat telah akur dengan semua prosedur-prosedur pihak KKM yang disarankan kepada kami beberapa bulan yang lalu. Jadi, kami YAKIN perkara ini telah selesai dan pihak kami PASTI tiada lagi sebarang masalah terhadap produk kami dipasaran sekarang. 
.
Kerdilnya kami dari Pihak HQ untuk memuaskan hati setiap seorang pengguna Nour Ain diseluruh Malaysia. Tetapi, kami amat berharap dengan usaha kecil kami bagi menjernihkan keadaan ini sedikit sebanyak membantu memberi jawapan di minda dan hati anda. 
.
Cintanya kami terhadap produk-produk kami samalah seperti cintanya kami terhadap anda semua. Tidaklah mampu pihak kami diatas nama Islam,Melayu dan Bumiputera ini untuk menipu pengguna kami diluar sana. Setiap perkara atau dugaan, bukanlah diatas pengawasan kami, tetapi telah ditulis jauh lebih awal oleh Allah SWT. 
.
Sekali lagi ingin kami memohon 1000 kemaafan terhadap perkara atau berita ini yang memberi kesan kepada anda semua. Selagi mana diizinkan olehNya untuk kami didalam bidang ini, akan kami terus berusaha memastikan produk-produk kami sentiasa suci dan selamat digunakan agar ia dapat membantu mengurangkan masalah-masalah anda serta menambah nilai didalam kehidupan anda.
.
Salam ramadhan al-mubarak dan terima kasih.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh.

Aku copy paste dari facebook. 

Korang boleh click link ni kalau nak tengok video dia.

Isu Nour Ain Menggunakan Produk Terlarang

Kalau betullah benda ni, aku harap aku bukanlah mangsa kepada 'fake' produk tu. 

At least kenyataan dorang ni buat aku percaya sikit la nak menghabiskan 3/4 nour ain soap aku tu sebagai tempoh berfikir aku sama ada aku nak teruskan pakai soap nour ain ni ke ataupun tidak.

Sekian. 

Salam free mercury everybody!

Update: Lepas aku habiskan 3/4 soup nour ain tu, aku terus stop pakai nour ain. Tak lama lepas tu, pipi aku mula tumbuh jerawat dengan dasyat sekali. Aku tak tahu sebab aku stress ke (aku memang acne prone skin, so kalau unbalanced hormone etc pun boleh trigger pertumbuhan jerawat aku), atau after effect stop guna nour ain. Aku terus bertukar pada Korean skin care dan skin regime aku sekarang makin strict. Alhamdulillah, dah mula hilang jerawat slow-slow. Tapi parut tetap ada dan sekarang di fasa aku untuk menghilangkan parut-parut yang ada. Lesson learnt! Carilah skin care yang betul-betul baik untuk kulit anda. 

20 comments:

Hello said...

Hi sis still pakai tak nour ain?

Fatty said...

Kan...sy pun rasa mcm nk try...nk taw jugak owner masih pakai ke skincare nourain nie?ok x ??

Wan Syafiqa said...

Hi semua.

Saya dah tak pakai nour ain. Dan saya switch skincare saya pada routine yang lain. Actually lepas stop nour ain, saya memang dapat jerawat yang sangat teruk kat pipi. Saya tak pasti dia after effect ataupun saya stress juga masa tu. Tapi memang teruk la, dan akhirnya routine skincare saya sangat complex skrng sebab saya banyak berjaga-jaga dengan produk dan cuba sebaik mungkin nak menghilangkan parut jerawat yang saya dapat lepas 'after effect' tu.

Sorry lambat balas sebab saya baru boleh check blog saya :)

Anonymous said...

Dua tahun lepas saya try nour ain jugak , for the first 5 months memang muka saya putih sangat sangat , tapi macam mayat hidup . Jerawat tk ada , but then after 5months tu stop kejap like two weeks sebab tak sempat nak bankin seems saya beli dari ig . Then dah start naik tiny bumps , next saya terjumpa produk tu kat kedai jamu . Saya pun beli laa sebab dah alang2 jumpa kan ? Lepas saya pakai yang tu makin terok naik . Muka saya breakout lagi terok dari before pakai nourain bc before that memang kulit saya problem tapi tk la seteruk lepas pakai nourain . Saya ni dah la bukan jenis senang2 percaya produk local , it was my first and last try produk local . Sampai kene jumpa doktor pakar nak elok kan balik kulit . HAaa bila breakout tu saya bagi la tau dekat agent nour ain yg saya beli dr ig tu , muka saya breakout pakai nourain , ykw ? Dia macam tk nak balas , like marah , and like pertahankan produk dia �� heh okay tu je la saya nak luah , sebab sakit hati muka saya breakout terok sebab nourain ni

Unknown said...

Tu la tulis punya panjang spe suruh letak merkuri. Skali kne aniaya mmg x caya dah..

Unknown said...

Ni pengalaman sy ye adik2. Sy pn guna produk ni dlm setahun jugak. Kulit jadi putih mulus licin, pendek kata ambik gambar pun tak payah filter, nak ckp punya confidentlah lol. serius. One day, sy tbaca tanda2 produk ada merkuri & boleh kata 90% ada pd produk ni sy jadi was2 & stop guna. Lepas stop tu muka terus breakout gila smpai org pelik cmna dr flawless jd menggerutu merah. Memang down gila masa tu. Ambik masa dekat 2 tahun nak pulih balik. Bayangkan. Then sy start pakai skincare dr drugstore, tobat laun memang tak pcaya dah local punya yg x de tulis ingredients apa semua tu. Kalau buat comparison, sama je tekstur dia tinggal packaging je berbeza. Krim warna warni, jenis melekit lekit. Sabun muka dia sy letak kat bekas smpai sekarang x hilang lagi warna oren tu, ntah apa pewarna/kimia di letak kat situ yg kita hari2 dok tonyoh dgn yakin kat muka omg. Dok kenang pun scary lagi.

Unknown said...

Lesson learnt kan semua!

Lepas ni memang kena berhati2 guna produk. Paling selamat beli je kat drugstore.

Saya pun masih berbekas2 lagi bintik2 di muka lepas guna nourain tu huhu

Anonymous said...

Betul tu. Dulu saya pakai sebab kawan suggest. Time tu tak ada jerawat pun tapi gatal nak cerahkan kulit. Last-last after 2-3 month muka mula ada jerawat dekat dahi and pipi. Till now bekas² hitam still ada and kulit jadi sensitive.

Unknown said...

korean skin care awk beli dekat mana...sesuai untuk semua jenis kulit ke

Anonymous said...

Korean skincare boleh check dekat Althea website kalau nak murah :)

Saya suggest pakai cosrx salicylic acid cleanser utk oily skin / cosrx good morning cleanser untuk kulit normal.

Untuk hilangkan parut jerawat kena pakai serum; klairs vitamin c serum is good.

Kalau ada jerawat besar yg tumbuh sebijik2 tu boleh try salicylic acid kiehls acne treatment control (ini mmg harga yahudi tapi padu gila huhu)

Lysa said...

Jadi betul lh ni ye produk nourain ni x elok, bru just nk try, sbb nk hilang kn parut2 jerawat.. tgk dkt if dia byk giler sale & ramai org beli, testimoni pn blh than, sume kulit flawless.. lepas dh bca pengalaman korang sume, rse dh taknak teruskan niat, actually dlu kulit pernah breakout sbb pakai produk tati, lepas tu smapi skrg tak jumpe2 lg skincare yg betul2 ngam😔

Unknown said...

Sis try la local produk yg berkualiti sprti sendayu tinggi.. kayman beauty pn ok

Yana Alisha Darwisy said...

Hai.. Just nak sharing apa yang sy tau pasal local produk yg ade chemical like mercury, & lain2 tu. produk tu biasenya bau wangi , ade mcm color soft2 tu, biase packaging sume lebih kurg same je dlm bekas kecik2 tu. tu biasenye produk timbang kilo.

Sy pon ade pengalaman muke effect lepas pakai local product macam tu. so terus stop & skrg pakai product yang free chemical. Alhamdulillah produk sy pakai tu diperbuat dari bahan botani berkualiti tinggi & produk antarabangsa. Tapi da masuk pasaran malaysia dah 20tahun. ☺️

If nak produk skincare dari sy pakai tu boleh contact sy - 0167002642 ( yana ) Just Sharing for your own good. Please Love your skin! Thanks.

shahira said...

alamak saya baru je beli set nourain 3in1 dari ig stokis dia, haaaa nak nangis dapat tau night cream dia ada mercury. takut jadi apa2 kt muka niii. aduh risaunyaaa. skrg dalam dilema nak stop pakai ke tak hmmm

Anonymous said...

Semua yang Ada masalah dengan jerawat yg bertahun2 tak hilang tu, korang semua try la pakai serum azanis. But make sure original ya sbb sekarang ni kedai jamu pon ada jual azanis tu tapi fake punya. Biarlah serum tu beli mahal janji bukan yang fake. Saya takde pengalaman pakai nourain tapi saya pernah try produk local dms skincare and babies blink yg bahan mercury tinggi. Pakai sebulan muka elok lepastu terus mcm pecah rumah. Jerawat Batu tak henti2 keluar sampai malu nak kluar rumah. Pakai serum azanis about 6months (2016 masatu, setelah sekian lamanya) baru ok lepastu jerawat Batu tak tumbuh sampai la sekarang (2020) huhu.. yg timbul pon seketul dua jerawat nasi yang biasa kluar time period. Muka tak breakout mcm dulu lagi sampai kawan2 sekolah dulu tanya pakai apa sampai bekas jerawat semua hilang hehe. Tapi kena rajin la pakai serum tu. Bau DIA mcm bau orang tengah baking. Agak oily la jgk sbb serum tu berminyak. Memandangkan kulit saya pon jenis yg berminyak, so apply bedak la biar kurang minyak. Maaf la terlarang topik sekadar nak share je��

Meoww said...

ikut pengalaman aku lah kan, aku pakai produk ni masa hujung tahun 2017, time tu muka aku breakout gila, tapi banyak parut jela bukan jerawat, and masa first aku pakai tu, rasa best gila sebb parut pudar, then dia hilang, aku pakai tu sampai bulan september 2020 and then aku stop. Masa tahun 2017 and 2018 tu, aku pakai krim night dia, but tak selalu la, and tahun 2019 pun aku pakai but kejap jela, lepas raya 2019 tu tak pakai langsing sebab harga dia makin mahal, and aku decide pakai sabun dia je, so far okay lah, but ada la one day tu, masa aku pakai sabun dia, aku rasa kulit aku pedih, and kering, time tu aku da risau, then aku buat research kt google, and aku rasa produk tu dia da hakis kulit aku, so aku rasa kulit aku da nipis gila da ni sebab aku pakai sabun tu dekat 3 tahun, lepas aku stop pakai produk tu, sabun apa semua aku tak pakai, muka aku breakout gila, jerawat naik, parut pun dah ada balik, and now aku dah serik nak pakai local product. so sape sape yang rasa macam nak try pakai nourain tu kn, aku rasa better fikir banyak kali, takut nanti kulit korang nipis je :)

Unknown said...

Baru nak try products nour ain nie... Baca2 terus tak jadi... Serammm...

Unknown said...

Better stop..sbb sy Bru je stop dlm 1 bulan..skli dia Naik byk lg byk drpd sblm ni..n sy dah pakai dah lama ..almost 2 year. Hr tu stop sbb stock hbis..menangis nk rawat kulit muka.. skrg guna product ainaa beauty..elok

Anonymous said...

Saya pengguna tegar set Nourain tahun 2015-2017. Muka OK takde masalah. Muka saya memang jenis tak bermasalah masa tu. Cuma berminyak so nak taknak kena cuci muka dengan sabun. Dan sabun Nourain memang elok utk kulit berminyak. Umur masa tu baru 23-25. Lepas dah cakna dan aware pasal merkuri dan produk timbang kilo yang bermekuri ni, saya stop. Sebab takut. Masa tu taktau lagi cream malam Nourain ada merkuri. Tak lama lepas tu, saya pakai produk dari Watsons/Guardian. Tahun 2018-2019, muka mula berjerawat dan jadi sensitif. Asyik merah je pastu timbul jerawat dekat pipi dan dahi. Pakai produk drugstore untuk pulihkan memang makan masa. Banyak yang tak membantu dari membantu. 2020 dah bijak sikit saya guna serum The Raw. Hilang habis parut parut merah yang baru. Tinggal parut hitam je belum hilang sebab ye la parut lama kan. Tak lama lepas tu saya add moisturiser The Raw guna dengan serum Arbutin dia setiap malam. Saya bukan agen ya jadi takde kepentingan pun saya nak promote di sini. Sekarang 2021, umur 29 baru saya dapat semula kulit flawless saya yang dahulu masa umur 22-23. Jadi, tolonglah jadi bijak dan guna produk yang kita tau bahan bahan dia dan founder tak overclaim bagi cerah putih gebu dalam masa 3 hari ke apa itu semua merapu je.

Anonymous said...

Saya pun penah guna produk nour ain lps kwn ofis sebelah syorkan..sbb muka saya mmg jerawat teruk..lps guna sabun dia serum dia mmg best btl..jerawat saya hilang muka jd licin glowing smpai ramai tny saya guna apa produk...tp lama2 tu serum dh mcm lain mcm...mcm x best pakai kaler pun lain....sabun je masih bgs guna...tp skrg dh stop pakai sejak kkm kata cmtu ada merkuri riso jangka masa pjg..cuma muka saya ok je smpai harini.. tp pori2 di pipi trbukak besar xtau dh guna apa nk bg tutup balik