Assalamualaikum peeps.
Tetiba tajuk dalam bahasa jepun pulak hahaha. Saje nak highlight tema.
日本のドラマ means Nihon'nodorame/Japanese drama.
Orang kata kalau nak tengok drama atau movie kena selalu cari yang ada message. Susah nak cari movie/drama yang decent sekarang ni, huhu. Tapi aku selalu ada rasa yakin bila cerita tu cerita Jepun haha. Aku bukan bias sebab last name aku Tsukushi tau ekekeke tapi sebab cerita Jepun banyak cerita yang berkisarkan keluarga, percaya pada diri, karier, ah banyak la lagi sebenarnya.
Okay basically rangka cerita ni pasal seorang peguam yang workaholic, apply kerja kat satu syarikat ni sebagai peguam, lepastu tempoh working trial dia 3 bulan. Dalam tempoh ni jugak dia kena baby sit anak boss dia, pergi hantar amik dari sekolah, kadang tu kena ganti boss dia pergi events parents bagai. At the same time kena maintain kerja kt office. Power gila dia kerja, aku yang tengok pun rasa penat. Dan masa kat childcare tu, dia end up jumpa sorang bapak budak ni yang sangat sayangkan kanak-kanak. Famous dalam kalangan kanak-kanak, which is very opposite la dengan perempuan ni yang tak pandai layan budak etc.
Wakanaba (female character) hidup susah dari kecik so decide nak belajar betul-betul dan kerja keras untuk ubah nasib hidup dia la gitu. Sebab hidup susah dan asyik kena kejar dengan ceti haram, hari hari dia belajar, baca buku law sebab dia nak selamatkan diri dia, buat semua benda kena perfect. Akhirnya dia membesar dengan jadi keras kepala betul dan straight forward dan workaholic gila. Perempuan ni mmg materialistik la, impian nak jadi kaya raya sebab dulu dah lalu banyak benda yang menyakitkan so I can relate. Dia hanya tahu semua hidup kena by law dan setiap keputusan yang dia buat tu perlu didasari dengan otak. Kalau hati kau cakap lain, tapi otak rasa benda tu relevan, then ikutlah otakmu. Pergh, heart wrenching jugak cerita ni, sebab dia keep on denying apa yang dia rasa, pastuu ego gilaaa. Aku rasa macam nak menjerit je kat Wakanaba tu suruh dia faham sikit hati dia, dah kenapa nak ego sangat? hahaha
So dalam cerita ni ada watak lelaki, Sato yang sangat baik & softhearted. Sampaikan dia jadi single dad bukan sebab dia nak pun, tapi sebab terlalu baik. Mak budak tu mintak tolong jagakan anak dia sampai la end up dorang kawin, mak dia lari dengan lelaki negro pergi New York, tinggal la dorang dua terkontang-kanting. Sato ni orangnya memang divine la. Pure sangat. hari hari senyum, kalau bukan salah dia pun dia mintak maaf. Hidup dia cukup la dengan anak dia Pitaro tu. Impian dia nak jadi chef pun dia give up sebab komitmen dia kat Pitaro padahal bukan anak dia pun at the first place. Sebabkan kebaikan dia ni, semua benda dia rasa berkorban sebab asyik fikir orang lain. Dia ni pun sama, aku rasa nak jerit je suruh dia sort sikit diri dia & fight for what he wants.
In the end both character dapat manage weakness masing-masing, jujur dengan diri dorang dan berjaya jadi berani sikit despite rasa malu dorang.
Cerita ni banyak jugak isu-isu yang lain. Ada satu eps ni aku memang tersentuh betul. Aku ni dah la sensitip sikit dengan cerita yang ada kaitan dengan keluarga & ibu bapa. Ayah Wakanaba ni datang Tokyo sebab dapat cerita Wakanaba ni nak kawin dengan orang kaya dekat office dia. Ayah dia seronok bukan kepalang la sampai datang office Wakanaba tumpang truck kawan dia weh. Sebabkan Wakanaba ni malu since ayah dia orang susah, Wakanaba cepat-cepat halau dari office suruh tunggu kat rumah dia je. Aim Wakanaba ni kan nak jadi kaya, so dia memang aim laki kaya kat office tu. Masa ayah dia nak berangkat pulang, ayah dia kasi buku bank ayah dia yang dari dulu ayah dia simpan, bank in setiap tahun 2705 yen sampailah anak dia nak kawin. Ayah dia akan bank in masa birthday dia, dan 2705 yen tu sebenarnya merujuk kepada berat dia 2.705 kg. Ayah dia rasa ayah dia gagal jadi sorang bapak yang baik sebab tak dapat bagi kesenangan kat Wakanaba ni, tapi dia cuba yang terbaik supaya at least masa Wakanaba kawin, itulah benda yang dia dapat banggakan. Terus terbayang apa yang abah buat selama ni. Kasih ayah ni dia tak tunjuk je, tapi deep down inside dia sayang je kat kita. T.T aaaa sobss.
Banyak lagi highlight cerita ni, pasal hati seorang kanak-kanak yang nak perhatian ibu bapa, pasal impian and the list goes on. Menonton cerita begini kadang kala dapat membasahkan hati yang kering juga kan huhu. Mungkin sebab aku terlalu sibuk lately dan rasa takde 'me-time' utk refleksi diri
Kadang-kadang bila aku sorang sorang dan rasa macam kena recharge diri,selain dari cara conventional (rawatan jiwa to be specific;Quran, bangun malam etc) aku suka review balik cerita-cerita Jepun yang bagi aku naik semangat. Yang akhirnya mesej dia akan buat aku rasa, aku akan berjaya capai jugak kalau aku tak give up dan percaya pada diri. Cumanya mungkin la cerita Jepun ni kurang elemen ruhi/iman yang sebenarnya kalau kita nak capai sesuatu, kita kena rasa kejayaan kita dan usaha kita tu akan di'approve' oleh Dia, bukan solely depend on us =) Apa apapun, still kalau dia boleh buat kita dapat kumpulkan semangat untuk berusaha why not, right? Dan kerana itu juga, menonton setiap movie/drama itu juga perlulah dipandu dengan hati dan iman.
Bolehlah, kalau korang nak cari cerita ni:
Zenkai Girl/Full Throttle Girl :)
No comments:
Post a Comment