Pages

Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Wednesday, December 7, 2016

Getting rid off DIY CRT Hotlink

If you are having the same problem with me, please read this.

*kalau malas nak dengar bebelan boleh straight pergi ke instruction ya. hehe

Dikala post ini sedang ditulis, aku masih lagi beristighfar. Apakah ini sebenarnyanya penyucian harta? T.T

Perasaan geram ni still ada ni haaa

Dah lama sebenarnya aku biarkan maxis ni telan duit aku cenggitu je. Dan dah lama juga cubaan untuk terminate pakej DIY caller ringtone yang aku tak permah subscribe pun okay. Berapa kali jugalah bila aku angkat talipon, aku dengar orang gelak dulu baru hello. Sebab caller ringtone yang tah apa apa tu laaaaa. Kalau dia bagi orang dengar lagu yang baik baik, aku okay lagi. Ni lagu disco ke apa aku tak tahu. Sampaikan ada orang tu takut salah number call aku. Tak baik tau maxis buli rakyat marhaen macam ni.

Lagi aku tak boleh terima bila setiap kali aku nak terminate, suruh dial *131# > manage crt. Tapi bila try, dia cakap aku tak langgan pun pakej tu -.-' then bila aku check list lagu, ada pula berderet lagu dekat list tu. yaAllah kenot brain. Aku rasa setiap bulan aku buat cenggitu, dan bila jadi gitu aku pun malas dah nak cuba. Harini baru kemuncak aku betul2 nak get rid of those annoying DIY CRT tu, Effort aku bukan main call maxis centre etc. Aku google dulu dan ramai betul yang mengadu hal yang sama macam aku, tak subscribe tetiba jee ada. Kalau free takpe, ni sesuka hati renew dan deduct duit, hish. Hasil google aku tu, banyak juga suggestion dia tapi semua tu tak applicable dan tak membantu langsung. It doesnt help me at all. Aku dah la pengguna maxis tegar dari sekolah menengah, Bila balik malaysia setiap tahun dulu pun dok beli simcard maxis je. Ni dah ada perasaan membuak2 dah ni nak tukar line. Aaaa nyampah tak habis lagi sebenarnya hahaha.

Okay how to get rid the DIY caller ringtone the fastest way:

1) Dial 1300 820 120
2) Tekan 1 terus, takpayah dengar dia ulang nilai kredit korang
3) Lepastu tekan 5
4) Tunggu operator, dan beritahu apa masalah (lama juga aku tunggu sbnrnya, dalam 5-6 min kena tahan telinga maxis promo macam2)
5) Beri no phone, and within seconds CRT tu dia delete terus dan dapat confirmation through message.

Done! Boleh la korang mintak kawan kawan test call korang balik ada ke tak caller ringtone tu, maka terselamatlah RM3 setiap bulan yang korang kena bayar untuk renew pakej yang tak pernah subscribe tu.

Masuk december ni, penyucian jiwa macam kena lebih sikit. Kena banyak bersabar dan bersabar. Haihh

Thursday, September 3, 2015

How do I save?

Assalamualaikum

Aku ni jenis yang suka pakai barang lama lama. Kira macam selagi benda tu tak rosak, selagi tu aku pakai. Dan. Aku jenis yang tak berapa suka mempelbagaikan collection aku. Haha lol, Maksudnya disini, aku akan jadi sedih kalau aku beli barang tu tapi aku langsung tak guna, so bagi mengelakkan timbul rasa rasa yang kurang enak tu, I choose to just stick to one thing. Kotak pensil aku sekarang ialah kotak pensil zaman sekolah men aku, masa aku tingkatan 4. Seluar dan baju kurung pun, dari form 3, okay ni maybe sebab aku yang tak besar besar kot. haha. Lepastu kan aku ada satu habit, kalau aku shopping, dia jadi lama sebab aku susah nak berkenan dengan sesuatu. Tapi kalau sekali aku masuk kedai tu and aku dah berkenan kat something laju jelah sebenarnya. hehe. Cuma nak tunggu yang betul betul berkenannn tu je yang amik masa skit. huahua. So aku jadi macam malas nak shopping sangat sebab aku tahu benda ni makan masa aku, unless kalau aku jenjalan tiba tiba ternampak sesuatu yang menarik perhatian. Frankly, I am not even good at managing money. I mean I don't have any rigid strategies pun for this. This is just the way how I'm dealing with mine :) So, through out my years yang aku pegang duit sendiri ni, these are my experiences.

1) Belajar bersyukur & menghargai
Okay aku admit, aku ni memang jenis yang sentimental value dia tu tinggi sikit. So semua benda yang orang bagi memang aku pakai. Sebab aku ada rasa yang kalau aku pakai benda ni mesti orang tu akan gembira. :D Sampaikan housemate aku tanya, "Wan! aku rasa semua benda yang kau pakai sekarang bukan barang kau, semua orang bagi" sambil buat muka -..- Hm, aku tengok ada a few kawan aku yang mcm jenis beg dorang ada. But I'll just carry the same bag around my campus, sampai semua orang sedia maklum yang beg itu aku punya. That's because I bought the backpack with my mom. And I wanted to feel that she's with me everywhere I go. I even carry a black umbrella during this rainy-transition-spring day. It's because it was given by someone I consider as 'someone-I-care' haha. Well, i think when you owning something that you basically has the reason why it's meant to be for you, you tend to be more appreciative and more grateful. Jadinya korang akan jaga everything dengan baik :)  

2) Beli apa yang perlu sahaja
Aku selalu ingat mak pesan yang kita bukan orang senang, so bila beli barang kena lah ada percaturan sikit. Kita kena bijak berbelanja. Kalau berbelanja pun jangan ikut nafsu semata. So banyak je benda yang korang boleh cut down expenses korang sebenarnya. Kalau nk minum coffee, tak perlu kot pegi starbuck ke etc etc. Sekali sekala mungkin takpe. tapi jangan jadikan cara hidup korang. Dan ingatlah starbuck tu agent israel tau. haaa. Boycott! Mcd pon. hehe. Kadang kadang aku rasa online shopping ni pun bahaya jugak. Tendency nk shopping macam2 tu senang je. Tak salah nk online shopping, tapi beli apa yang perlu sahaja okay :)

3) Masak kat rumah 
Since aku duduk kat Adelaide ni, ya memang memasak kat rumah tu membawa banyak kebaikan. haha. Just imagine, kalau nak makan mee goreng lah konon, beli kat warong around rudle mall tu dah $10 gituh, kalau masak kat rumah, beli mee kuning sekilo baru $4 cmtu, cuma kau kena ada effort skit lah nk menggoreng. bukan sepinggan tau, tapi sekilo, satu rumah pun boleh makan. Kadang tu jemput kawan kawan lain pun cukup lagi. haa kan dah bersedekah dah. Selalunya kalau aku craving2 ni, aku akan masak sendiri and share dengan housemate. I enjoy cooking so suka je kasi orang makan. Jadi kepada bakal suami, kalau saya suri rumah nanti saya rasa awak memang gemuk nanti :P

4) Bersedekah 
Yes. Sedekah ni simple je. Kadang2 kalau aku beli something kat orang kalau setakat $2 cmtu aku tak claim pun. Malas satu dan nkkan pahala juga :) Dan aku suka masak bebanyak di saat aku craving dan call semua orang suruh datang rumah tapau. lol. I experienced the power of sedekah quite a few times. And at that time I feel like Allah has just grant his promise and exactly at that time I feel like somebody is always watching me, and He actually cares. Aku ingat lagi masa aku dalam keadaan yang ekonomi kurang stabil masa mak sakit tahun lepas. MashaAllah masa tu sungguh rasa sangat di bantu dan dipermudahkan. Balik msia sampai 3x weh tahun lepas. huhu. But still, yea Allah is the giver, He is Arrahman. Sampai sekarang masih terasa how amazing it could be. 

5) Guna duit ke jalan yang lurus
Haha kayh. Korang kena selalu fikir mana baik mana buruk. Dan setiap perkara yang kita buat, dan decision yang kita buat tu kita kena fikir, Allah kasi tak kita buat ni. Allah redha tak? Jangan melagha dengan duit yang kita ada tu, tak kisahlah awak sponsor student ke tidak. Pemberi rezeki itu dia. Bila bila je dia boleh amik duit kita. Bila bila kita boleh turun muflis. Dan rezeki yang kita dapat tu kita nakkan keberkatan, sebab tu it is all depends on how you are using your money. Dan indikator keberkatan rezeki/duit kita tuuu = sedikit itu cukup, banyakkan boleh diagih-agihkan. Manakala rezeki yang tidak berkat, sedikitnya tidak cukup, banyaknya tidak puas. Rezeki yang tidak berkat umpama minum air laut, semakin diminum semakin haus! okay peeps, think dan muhasabah. 

6) Side income
Okay, sekarang ni aku dan berbussiness dan kerja hantar catalogue pagi pagi kat rumah orang. Kbye. 
*malu nk cerita* haha

So yeah, this is just my way on dealing with my money. The money I received is not completely my money. I feel bad if I'm not using it in a good way. So please sponsorship student, mind who's money you are actually using. Jangan marah marah hanya tunding jari dekat orang lain, tapi duit yang awak dapat, awak guna juga untuk kepentingan diri awak sendiri jugak. Guna untuk kepuasan awak sahaja. Carilah keberkatan dalam rezeki tu. Laburkan duit yang awak ada tu ke arah kebaikan. Laburkan kepada Dia, maha pencipta. Hadirkan diri awak untuk program yang baik baik. Luangkan sedikit utk saudara kat palestin dan banyak lagi. Jangan hanya semata beli game, beli tiket wayang etc etc okay. Ya, saya ikhlas. Saya nak awak saving bukan untuk dunia sahaja tapi untuk yang paling penting, akhirat nanti :)