Pages

Friday, July 7, 2017

Dad's Love

Aku tak tahu what happen lately, tapi aku dah terjebak dengan reality show 'The Return of Superman'.
Rasa macam mampu berhuhuhu je kan? haha

Anyway, for me it's a good Tv show reality.
Sarat dengan parenthood tips dan segala macam lagi. Aku rasa kat Malaysia pun ada jugak buat ala ala TROS ni, anak celebiriti macam Awal & Scha tu. Entah kenapa yang tu tak menarik perhatian aku sangat. Ya Allah, double standard pulak aku ni.

Rancangan ni buat aku feeling betul. Kalau bebudak tu/bapak budak tu buat something yang touching2 dah mula kelopak mata aku berair sikit sikit haha. Mungkin jugak rancangan ni fokus lebih kepada bonding antara anak dan ayah yang buat rancangan ni special bagi aku. Lepastu tengok akal budak budak ni, kiuttt sangaaat. Setiap kali tengok, setiap kali tu lah melting. Kadang-kadang pecah perut aku gelak sorang sorang tengok gelagat dorang. Dah la comel pandai pulak tuuu, acik geram tahu taaakk? Tetiba aku beracik pulak.

Salah satu sebab aku macam terkesan dengan TROS ialah macam mana setiap ayah dalam dunia ajar anak anak erti kehidupan from scratch. Macam mana dorang bentuk adab, protect anak anak dorang yang buat aku terharu at times. Sama macam Abah. Without realizing, abah banyak ajar anak anak dia macam mana nak survive dalam hidup. Aku tak pasti sama ada aku yang makin membesar (baca:matang) atau sejak arwah mak takde, abah semakin ambil berat dengan anak anak dia. Kalau dulu semua benda kena lalu mak dulu, bukan sebab tak rapat dengan abah tapi eventually mesti akan refer mak dengan semua perkara. Literally, aku rasa mak dah macam orang tengah untuk semua benda. Dan mostly abah akan tau semua dari mak.

Benda paling obvious bila tengok Abah banyak main peranan untuk ajar 'what life is like' kat adik bongsu aku. Adik aku tu pun walau dia dah umur 22 tahun, abang kakak aku semua risaukan dia. Dari kecik terlampau manja. Banyak benda kakak kakak dia yang buat. So dari bawak kereta, macam mana nk potong ayam, siang ketam, sotong semua adik aku belajar dari abah. hahaha. Kalau ada benda yang tak kena, abah aku selalu kata solution adik aku ialah panggil abah. Apa apapun ABAH. Yes she is like that.

Adik beradik aku ramai perempuan, so aku tengok serupa betul kteorang dengan family Dong Gook dalam TROS. Perangai ayahnye pun serupa, suka mengusik tapi dalam masa yang sama hero dalam keluarga.Beza dia cuma daebak tu bongsu je. Kalau family aku, along sulung. Kakak dia pun sama macam kakak2 aku. Kteorang sangat rapat dan saling bantu membantu. My sisters used to look after me masa kecik2 dulu. So much alike. Obviously Dong Gook tu manly dan athletic la sebab dia pemain bola sepak korea, yang tu abah kalah sikit sebab abah cikgu. Tapi abah cikgu yang disiplin yang disegani aherher. After all walaupun begitu banyak benda yang kteorang akan refer abah. Contohnya botol sos tak boleh bukak, tukarkan gas, sinki tersumbat, paip bocor, service kereta, dan masak rendang pun sekarang abah yang buat hehehe. Ingat lagi dulu dulu masa kecik abah dah ajar utk banyak berdikari. Alhamdulillah banyak kteorang belajar hasil didikan abah.

Dad, thank you for things you have done to us!
As I grow older, I can see tons of things and sacrifices you did for your kids.
People said, powerful women comes with an amazing dad behind them. And my Abah is one of the kind. Abah, Sarangae! <3 p="">

Wednesday, July 5, 2017

Superhero

Today marks my 1st laboratory day after my hari raya break.

I sometimes need a bit of recharging.

Dedicating this special gift to everyone who find things hard at times.


The Script - Superhero 

Because you are a superhero yourself! =D

Hwaiting!

Tuesday, July 4, 2017

Erti Syawal

Selamat hari raya, maaf zahir batin korang :)

Lepas seminggu raya baru nak wish kan. 

Biasalah dah besar besar ni, kalau balik rumah tu tak ada masa pun lah nak update blog bagai. Kalau tak bersilat kat dapur, tengah bergelumang dengan kain baju yang entah sampai bila agaknya takkan habis. Adik aku sampai marah tak bagi tukar baju banyak kali. Dia kata dah mandi pakai balik baju tadi hahaha. 

Entah la nak maintain rumah cantik hari hari bukan main susah. Kalau ada 2 makhluk cenonet balik rumah tok abah dia, lagi seronok dorang memerintah rumah tu. Semalam baru sahaja peristiwa tragis menimpa diriku. Habis kuih bangkit cheese aku hancur dimain dek Fateh yang dah nak masuk 2 tahun tu. Tahap curiosity yang melampau, dan kenakalan yang diluar kawalan. Bukan itu je weh, habis lip tint aku dikerjakan. Nasib baik tak habis separuh dia tumpahkan. Banyak istighfar aku baby sit dorang ni. Haih

Sebab tu aku cakap, dah tak nyempat dah ehh nak update kat facebook, blog, whatsapp pun aku dah tak rajin nak forward mesej selama hari raya. Aku lebih menghargai masa masa bersama family, sembang heart to heart dengan abah atau bergelak tawa dengan adik beradik aku, reminiscing all those memories dengan mak and yet we realized yang semua orang dah grown up dan dah pandai urus rumah dan layan tetamu. 

Raya tahun ni rasanya mcm raya 'mak  mak' sikit. Aku suka menerima tetamu dan pergi ziarah makcik makcik atau kenalan yang kteorang rapat tapi susah nak jejak kaki kat rumah masing masing. Masa syawal ni la peluang yang sangat baik. Senang sikit nak terjah rumah orang out of nowhere kan? hehe. Semakin lama kumpul dengan family besar, makin aku faham perbualan makcik makcik aku yang dulunya "hal orang tua jangan menyampuk" is not for me anymore. Chewah hahaha. Oh ya, hari raya ketiga aku diberi tugas untuk uruskan 8 ekor ayam untuk dibuat kenduri. Ingat tak dulu aku freak out nak masak kat makcik makcik aku? Sekarang dah berekor-ekor ayam dorang trust untuk aku perap dan goreng untuk kenduri. jadi aku dan kak yang bergabung tenaga sampai senyap je kteorang haritu masa mencuci ayam. Penat punya pasal leuls. Tak tahu la macam mana mak dulu boleh masak semua sendiri huhuhu. 

Syawal ialah bulan dimana korang boleh perbanyakkan sedekah too. Buat rumah terbuka, bagi orang makan, bagi duit raya etc semua tu kan form of sedekah? :) Disebabkan aku dah umur 24tahun, tetiba aku ada rasa nak bagi duit raya pulak kat family aku. Walaupun tak banyak tapi aku tahu dorang happy. Sebenarnya tu nak tunjuk appreciation aku kat dorang yang banyak tolong aku dan banyak support aku. Selama ni banyak dorang belanja macam-macam. So why not kan? :)

Raya bukanlah raya untuk kumpul duit raya anymore. Dulu masa stranded kat benua Australia dulu ada la terpikir2 pasal duit raya hahaha, tapi sekarang it is not a priority anymore. Excited to get all dress up etc etc pun is not an excitement anymore. Raya tahun ni, boleh pulak aku beraya dengan kasut yang dah macam crocodile dah. Sikit lagi je nak tercabut tapak dia. Memang polisi aku pakai kasut biar sampai tak boleh pakai dah, So raya ke 4 tapak kasut aku memang koyak habiss kahkah. Don't worry peopleee, I got a new shoes the next day. Sampai ke taiping kita g beli taww

After all, it is sunnah to dress up in a new clothes tapi berpada pada sudeh, Sebab kita nak menyambut erti kemenangan. Aku pernah terdengar satu tazkirah ni yang dia gambarkan bulan syawal ni seolah olah suasana kat syurga. Sebab apa? Sebab bulan ni penuh dengan kegembiraan, perbualan orang banyak yang baik baik dan orang banyak ziarah menziarahi persis suasana dia syurga. Allah, kalau kita rasa syawal ni pun dah ada aura kegembiraan apatah lagi syurga kan? :) 

Allah, please bless this month just like what you did during Ramadhan. 
Moga kita semua bergembira dibawah syariat & masih lagi dibawah ketaatanNya. 

Abah & anak anak nya.
Salam Eidul Fitri dari kami!