Pages

Sunday, May 28, 2017

Nour Ain & Mercury

Salam Ramadhan yang ke-3!

Sebenarnya aku dah lama nak update pasal satu produk ni, yang aku percaya akan keselamatannya tapi news baru baru ni dah menghilangkan percaya aku 100%. Konon macam nak update review pasal kehebatan produk ni la, nak support local produk dan Melayu konon-kononya. Entah kenapa banyak hold post sampai la hari ni lemme reveal some shocking news instead of a good testimoni hmm

Aku memang ada kulit yang sensitif, kira cepat tumbuh jerawat bagai. So masa zaman matriks, muka aku jadi lagi teruk breakout, most probably sebab aku rasa kulit aku dah makin nak mendewasa kot. Ni bukan masalah pencuci muka, tapi ni memang isu kulit nak matang haha. Kan ke kita selalu ada satu point yang kulit memang akan breakout teruk semua kan. So that was my point. 

Lepastu, arwah mak pun risau sebab kat pipi dah makin banyak parut. Aku lek je sebenarnya sebab masa tu entah la kenapa malas nak care pasal kecantikan wajah huhu. So mak aku bawa aku ke pakar kulit. Mahal gila weh serius tak tipu. Tapi kulit aku jadi semakin lawa la. Berseri seri heee

Tapi masalahnye mahal sangat weh, RM300+ memang jenuh la kan. 

So aku fikir-fikir last last beli skin care product kat Australia masa tu aku guna Sukin. Best je very veryy organic. Cuma bagi aku sukin ni sesuai untuk kulit yang takde masalah. Decided nak guna sukin masa balik Malayia tapi susah betul nak cari. Jenuh juga aku kena check produk dia kat mana. Argh stress. Mostly kat area-area KL. Tapi bila jumpa produk tu mahal juga ya ampun kat sini.

So I decided to switch to other skincare which is a local product. 

Aku pun try Nour Ain gara-gara testimoni kawan baik aku yang study kat Ireland sekarang ni. Kulit dia cantik, dan dia buat stock banyak2 bawak gi Ireland. Lepastu dengar testimoni dari kawan kak yang yang seorang doktor jugak, Tapi Wan Syafiqa bukanlah seorang yang menggunakan produk secara semberono, kata saintis ekekeke, so aku pun buat homework. Baca ingredient dia lepaastu search dan cuba. Banyak juga la benda aku search demi meyakinkan aku produk ni iAllah selamat sebab aku sangat skeptikal dengan produk local ni. Takut ada bahan berbahaya. 

Tapi obviously, mestilah ada limitation kan walau kita search macam mana pun. Kemampuan aku hanyalah sampai membaca dan tengok ingredient bukanlah sampai run clinical test huhu.

So aku cuba, kesan mashaAllah okay, 
Adik aku pun cuba best la overall. Sampai orang tanya pakai produk apa bagai. Memang berkesan. Pakai sabun je pun dah oke. 

Sampaila aku jumpa news ni yang buat aku rasa macam eeeeee nak ban balik produk local sampai hati!


Kemain kata dalam blog produk kami takde mercury bagai. Cehhh. Serius aku macam bengang jugak la sebab bukan senang aku nk decide beli produk ni dan pakai. Sekarang rasa macam tertipu. Perasaan ni sama macam dicurangi dulu haha.

Actually produk nour ain yang ada mercury ni satu je night cream dia. Aku wonder pengeluar ni dia tahu tak kesan mercury sebenarnya? Ish serius aku geram sebab aku pernah try night cream dalam trial pack dan pakai sampai habis lagi buat aku bengang T.T

Walaupun aku tak pakai night cream tu dah sebab dah habis, aku dah makin ragu-ragu dengan produk dia yang lain. Sekali aku kena, dah rasa macam possible je ada penemuan yang memberhaya pulak dalam produk-produk dia yang lain. Aku puji kkm yang selalu buat check up kat semua produk-produk ni. Kawan aku pernah cerita kadang-kadang dorang ni pandai, hantar test utk kkm yang takde mercury, tapi kat kilang letak mercury laju-laju. Ini pun salah satu unsur penganiyaan kat pengguna kot. 

Anyway, muka aku masih dalam kondisi yang elok je sekarang ni. Tak nampak apa-apa yang membimbangkan lagi.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Okay dah separuh jalan aku tulis kekecewaan aku. Aku jumpa satu video tentang clarification nour ain tentang produk dia yang ada mercury tu.

Katanya, produk yang undergo clincal test dengan kkm tu tak valid. sebab batch number ke apa tah tu tak sama dengan produk yang di-test dengan kkm. 

Jadi mereka nasihatkan supaya nak purchase Nour Ain kena purchase kat kedai yang dapat kelulusan menjual barang dorang. 

Aku tag adik aku suruh dia tengok video ni tapi aku tulis jugak aku rasa macam nak tukar skin care kat situ hehehe, sekali nour ain reply kat situ lolll. Tapi okay la aku sejuk sikit baca komen dia kt situ 

KENYATAAN RASMI PIHAK ELSUHAZ (M) SDN BHD BERIKUTAN KES NOUR AIN NIGHT CREAM
.
Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera,


Pertama sekali, pihak HQ ingin memohon maaf diatas kekhilafan dan kekecohan yang timbul baru-baru ini. Sesungguhnya yang buruk itu datangnya dari kami sendiri, dan yang baik datang dari Allah SWT.
.
Berkenaan kes kenyataan pihak KKM tentang status Nour Ain Night Cream baru-baru ini, pihak kami berasa amat kesal atas apa yang telah berlaku kerana perkara/kes ini berlaku beberapa bulan yang lepas dimana pihak kami dengan penuh rasa professional dan tanggungjawab telah menyelesaikan dengan baik kes ini dengan pihak KKM. Setelah diselidik, kami dapati keputusan makmal bagi produk Nour Ain Night Cream yang dijalankan oleh pihak KKM berbeza dengan keputusan makmal yang kami jalankan. Walau bagaimanapun, kami dengan penuh rasa tanggungjawab telahpun menyelesaikan hal ini sebaik mungkin dengan pihak KKM dan mengikut prosedur-prosedur yang pihak KKM sarankan.
.
Tanpa diduga dan tanpa dibawah pengawalan kami, kami berasa amat kesal kerana perkara ini timbul dan menular dengan sebegini rupa beberapa hari yang lalu sedangkan perkara ini telah selesai antara kedua belah pihak. Oleh itu, pihak Elsuhaz (M) Sdn Bhd dengan rasa tanggungjawab sekali lagi berani menegakkan kebenaran dan telah mengeluarkan kenyataan melalui FB Live di laman Facebook kami. 
.
Menjawab persoalan berkenaan NOT number dimana banyak kekeliruan berlaku setelah berita ini tersebar. Malah ada beberapa pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan berita ini telah mengeluarkan NOT number yang BUKAN dibawah pendaftaran kami. Jika diperhatikan dengan teliti, berita kenyataan KKM yang menular ini, NOT number pada Nour Ain Night Cream yang dikatakan ditarik balik ini telah lama TIDAK WUJUD. NOT number semua rangkaian produk kami termasuk Night Cream/Repairing Night Cream masih sah sehingga kini. Kepada yang masih ragu-ragu, anda boleh ke laman web bpfk dan menyemak NOT number produk Nour Ain Beauty Care.
.
Berkenaan status merkuri didalam Nour Ain Night Cream/Repairing Night Cream yang berada dipasaran samada pembungkusan lama mahupun baharu, sejujurnya dan seikhlasnya, kesemua produk kami InsyaAllah selamat digunakan dan BEBAS MERKURI. Seperti yang dinyatakan, pihak syarikat telah akur dengan semua prosedur-prosedur pihak KKM yang disarankan kepada kami beberapa bulan yang lalu. Jadi, kami YAKIN perkara ini telah selesai dan pihak kami PASTI tiada lagi sebarang masalah terhadap produk kami dipasaran sekarang. 
.
Kerdilnya kami dari Pihak HQ untuk memuaskan hati setiap seorang pengguna Nour Ain diseluruh Malaysia. Tetapi, kami amat berharap dengan usaha kecil kami bagi menjernihkan keadaan ini sedikit sebanyak membantu memberi jawapan di minda dan hati anda. 
.
Cintanya kami terhadap produk-produk kami samalah seperti cintanya kami terhadap anda semua. Tidaklah mampu pihak kami diatas nama Islam,Melayu dan Bumiputera ini untuk menipu pengguna kami diluar sana. Setiap perkara atau dugaan, bukanlah diatas pengawasan kami, tetapi telah ditulis jauh lebih awal oleh Allah SWT. 
.
Sekali lagi ingin kami memohon 1000 kemaafan terhadap perkara atau berita ini yang memberi kesan kepada anda semua. Selagi mana diizinkan olehNya untuk kami didalam bidang ini, akan kami terus berusaha memastikan produk-produk kami sentiasa suci dan selamat digunakan agar ia dapat membantu mengurangkan masalah-masalah anda serta menambah nilai didalam kehidupan anda.
.
Salam ramadhan al-mubarak dan terima kasih.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh.

Aku copy paste dari facebook. 

Korang boleh click link ni kalau nak tengok video dia.

Isu Nour Ain Menggunakan Produk Terlarang

Kalau betullah benda ni, aku harap aku bukanlah mangsa kepada 'fake' produk tu. 

At least kenyataan dorang ni buat aku percaya sikit la nak menghabiskan 3/4 nour ain soap aku tu sebagai tempoh berfikir aku sama ada aku nak teruskan pakai soap nour ain ni ke ataupun tidak.

Sekian. 

Salam free mercury everybody!

No comments: