Pages

Showing posts with label Occasion. Show all posts
Showing posts with label Occasion. Show all posts

Thursday, March 28, 2019

A Reviving Meet Up

Hi korang.

Remember long time ago I wrote a post attributing to my housemates in Adelaide? Today I am about to write the same thing. But this time, it is with my so called friends when I was in boarding school.

So baru-baru ni aku attend majlis konvokesyen kawan baik aku masa kat SAKBA dulu. It was seriously a reviving session. Aku rasa best sangat walaupun aku terpaksa bawak kerja aku dan stay up malam tu untuk siapkan part of correction aku lol.

The convocation day was on sunday, dan sabtu tu aku dah ada siap-siap kat subang sebab teman abah pergi kenduri kawin kat One city. Malam tu dok tunggu acah sampai putra height dan lepastu kteorang stay up sesama buat kerja dah dedua sekarang sambung master hehehe. Lama aku rasa tak stay up belajar dengan kawan mcm ni. And the memory about us struggling for SPM just vividly came. Aku siap pesan suruh acah beli jajan sebab acah kalau study kena ada makanan kahkahkah. Tu zaman sekolah dulu lah, kat bawah meja mesti ada honey star ke, keropok ke hahaha. Aku percaya acah masih tak berubah kehkehkeh

The convocation day arrived then lepastu bermulalah kegigihan aku dengan acah menapak nak pergi konvo safy haha sebab kereta tak boleh masuk dalam. Abah n kak yang terpaksa drop kteorang kat gate dan beg baju memang mintak ihsan pakcik guard uitm shah alam masa tu mintak tumpangkan lol.. Gigih sangat plan hadiah untuk safy, bawak bunga dan belon berjalan tengah terik bhahahaha. Nasib ada bus offer naik masa tu. KALAU TAK BOLEH GARING AKU DENGAN HAFSAH MASA TU. Caplocks siap sebab serius haritu panas ya ampunnnn


Congratulation Safirah Hanum!
You've made it til the end. I am so proud of you <3 i="">

Despite hari panas gila  masa niiii, 
nasib baik maintain gambar lawa muka happy heeee

Aku tak tahu la rupa aku dalam gambar kat studio mcm mana. Aku harap tudung aku tak kembang dan aku kekal cantik. Anyway, lepas check in hotel masa tu, aku dengan acah dah terbongkang dah masa ni. Plan nak swimming bagai tapi tak dah mampuuu. But the day continued in a perfectly comforting way alhamdulillah. 

10pm - Bingsu at Mykori

11pm - Oden at Family Mart


12am - Fried chicken

Sambil ber-fried chicken sambil membawang. Thank god ada ayam goreng kalau nak pillow talk aku rasa tak sampai seminit aku dah pengsan malam tu. It was such a good night coz you know there was happy occassion and talking to your bestfriend is like a good therapy :) disamping menginap di hotel yang best dan breakfast yang menarikk hahaha

7.45am - Breakfast at Concorde 

#Bae
Lepas aku kecewa dengan Ayman Rashdan Wong baru-baru ni, 
aku dah ada Bae baru. Cukuplah roasted duck sebagai penyeri hidup.
Tsk tsk tsk

Pretty much aku rasa retreat mcm ni was such a refreshing one. Acah kata once in while kita memang kena ada masa macam ni which is aku agree hehehe. Tunggu la next convo aku kita stay marriot pulak kayh kahkahkah. Boleh start menabung dari sekarang heee. 

Aku rasa aku bertuah sangat sebab sebagai seorang sanguine dan extrovert aku memang perlukan orang di keliling aku. Aku lemau kalau tak jumpa orang. But in every places that I go, Allah grant warm and  lovely people around me. Masa kat asrama dulu, we pratically lived together sebab dok asrama kan. So perangai buruk memasing semua dah tahu hahaha, ketelusan aku dengan dorang ni pun dah level 99 dah. We shared everything. And I dare to say they see me growing. Dari zaman tak matang sampai la kteorang share thoughts on life and things through whatsapp group. Nak shopping beli baju pun msg kat group kekekke. 

Berbeza dengan geng diva aku kat all girls school dulu in which geng aku masa tu 10 orang (this is normal in girls school), my world revolves mostly with my 2 bestfriends in boarding school. Acah n safy kawan sekelas aku, dan kteorang bertiga dulu duduk sebaris. Though kteorang tiga berbeza sungguh perangai pretty much we compliment each other. Safy of coz la pelajar paling cemerlang antara kteorang 3. So 3 bulan sblm spm, safy pindah dapat kelas pertama, aku dengan acah stranded masuk kelas ke-3 out 7 class masa tu. hahahahaha Habis je form 5. Kteorang dah tak study sama dah. Aku n acah masuk matriks tapi acah kat kepala batas, aku kat changlun nun. Safy sambung dip pharmacy masa ni. 

But you know, true friends would always be there when things aren't on our way kan? Masa aku second year kat Adelaide, my mom was ill and passed away. Tambah pulak aku kena reject masa nii. Bagai ditimpa tangga bertubi tubi gituu haaa. Masa ni memang aku rasa hilang separuh kekuatan aku. But being good friends, dorang ni lah teman aku for a couple of days masa ni. Turun kuala kangsar teman aku. Huuuu. 

Few years later, acah experienced a massive broken heart. Dan bermula la sesi membawang dan mencaci lelaki tersebut dalam group whatsapp hahahaha. Korang jangan memain bab2 ni dengan perempuan haha. So gigih la aku dengan safy teman acah bercuti kat cameron highland sebab nak bagi acah hilang rasa sedih dia sambil malam tu pillow talk. Okay aku lega aku tak tdur awal masa tu hahahaha.

This time we gather around in a happy occasion. We didn't grief which makes it more special. 

Decision aku untuk pergi boarding school aku rasa a blessing in disguise kot walau result SPM aku in return takla segempak kawan-kawan aku kat sekolah lama. Kat situ aku kenal al-mathurat, belajar puasa isnin dan khamis, dan kat situ jugak ada kawan-kawan yang sampai sekarang masih menjadi penyokong setia aku, in whatever I do =) 

Thank you girls. You both are the best!

Aku tutup dengan gambar 10-9 tahun dulu. 

Aku tahu. 
Kteorang dari dulu sampai sekarang maintain comel kan?

Adios!

Saturday, June 30, 2018

Life update!

Hi korang.

Salam Syawal ke 16!

Dah raya ke-16 dah, baru nak update blog yek. Hihi. Macam biasa la, kalau kat rumah memang bukak laptop pun tak sempat. Thesis satu chapter pun tarak! Confident je haritu sebelum raya nak bawak balik kerja, adalah alasan tak buat kerja rumah sangat. Takde makna nyaaa hmm

Tahun ni happy juga sebab dapat cuti raya lama. Sampai 2 minggu aku cuti hah. Start seminggu sebelum raya dah balik rumah. Pick up kak yang kat airport yang baru balik dari Bangladesh dan terus shoot balik rumah. Aku balik dah culture shock dengan kondisi rumah sendiri. Dah kenapa macam tongkang pecah? Urut dada sekejap haha sebab aku tahu aku yang kena settle semua tu sorang sebelum semua orang balik kampung wuwuwu. Disebabkan banyak sangat benda yang kena cover kat rumah tahun ni aku tak buat kuih langsung. Pecah tradisi rumah takde kuih dan of course tenat kondisi kuih kat rumah aku. Siap pesan kat kakak ipar balik ni bawak kuih banyak2 je, takyah bawak benda lain haha

Anyway, tahun ni sejujurnya Ramadhan aku agak kurang pencapaian macam bulan puasa yang sebelum ni. Sebab aku dah mula pening dengan thesis dan menghabiskan masa aku untuk paper dan journal. Cumanya jihad aku untuk mengawal portion makanan terlaksana dengan baik sekali di bulan Ramadhan ni! Gais aku dah tinggal semester last dan dalam proses menyiapkan thesis. Bangga tak dengan aku? Haha aku pun tak sangka dalam kepenatan aku memerah otak dan berjuang dalam lab, dah nak sampai penamat dah perjalanan master aku ni :')

Kurang tulis blog pun sebab tulis thesis dan article banyak sangat rasanya lol. Lagi dua minggu Kulliyah aku akan buat colloqium dan committee aku sekarang tengah sibuk mengeluarkan article untuk pelancaran majalah Postgraduate-zine/PG-zine. Ohooo so much things to do in this short time kan?

Aku tak berniat nak update secara detail hari raya haritu. Saje nak update apa yang berlaku dalam hidup lately. Cuma tahun ni apa yang aku belajar, raya memang medium yang terbaik untuk mengeratkan silaturrahim. Yang tak pernah bertandang rumah, tetiba muncul, dan masa tu la boleh kenal family kawan-kawan kita etc. Kalau masa lain, awkward kan? Itulah istimewanya Syawal. Kalau ramadhan masa kita hanya dating dengan Allah, tapi bila Syawal, masa untuk meraikan manusia dan orang sekeliling kita. Cantik Allah susun =)

Okay sebelum aku berundur aku belanja la satu gambar Syawal :D
Just so you know I am still here, alive and busy. As always hihihi.

Tahun ni full semua ada!
Selamat hari raya maaf zahir dan batin :)

Off to my data analysis & open house co-sv jap lagi. 
Toodles!

Tuesday, July 4, 2017

Erti Syawal

Selamat hari raya, maaf zahir batin korang :)

Lepas seminggu raya baru nak wish kan. 

Biasalah dah besar besar ni, kalau balik rumah tu tak ada masa pun lah nak update blog bagai. Kalau tak bersilat kat dapur, tengah bergelumang dengan kain baju yang entah sampai bila agaknya takkan habis. Adik aku sampai marah tak bagi tukar baju banyak kali. Dia kata dah mandi pakai balik baju tadi hahaha. 

Entah la nak maintain rumah cantik hari hari bukan main susah. Kalau ada 2 makhluk cenonet balik rumah tok abah dia, lagi seronok dorang memerintah rumah tu. Semalam baru sahaja peristiwa tragis menimpa diriku. Habis kuih bangkit cheese aku hancur dimain dek Fateh yang dah nak masuk 2 tahun tu. Tahap curiosity yang melampau, dan kenakalan yang diluar kawalan. Bukan itu je weh, habis lip tint aku dikerjakan. Nasib baik tak habis separuh dia tumpahkan. Banyak istighfar aku baby sit dorang ni. Haih

Sebab tu aku cakap, dah tak nyempat dah ehh nak update kat facebook, blog, whatsapp pun aku dah tak rajin nak forward mesej selama hari raya. Aku lebih menghargai masa masa bersama family, sembang heart to heart dengan abah atau bergelak tawa dengan adik beradik aku, reminiscing all those memories dengan mak and yet we realized yang semua orang dah grown up dan dah pandai urus rumah dan layan tetamu. 

Raya tahun ni rasanya mcm raya 'mak  mak' sikit. Aku suka menerima tetamu dan pergi ziarah makcik makcik atau kenalan yang kteorang rapat tapi susah nak jejak kaki kat rumah masing masing. Masa syawal ni la peluang yang sangat baik. Senang sikit nak terjah rumah orang out of nowhere kan? hehe. Semakin lama kumpul dengan family besar, makin aku faham perbualan makcik makcik aku yang dulunya "hal orang tua jangan menyampuk" is not for me anymore. Chewah hahaha. Oh ya, hari raya ketiga aku diberi tugas untuk uruskan 8 ekor ayam untuk dibuat kenduri. Ingat tak dulu aku freak out nak masak kat makcik makcik aku? Sekarang dah berekor-ekor ayam dorang trust untuk aku perap dan goreng untuk kenduri. jadi aku dan kak yang bergabung tenaga sampai senyap je kteorang haritu masa mencuci ayam. Penat punya pasal leuls. Tak tahu la macam mana mak dulu boleh masak semua sendiri huhuhu. 

Syawal ialah bulan dimana korang boleh perbanyakkan sedekah too. Buat rumah terbuka, bagi orang makan, bagi duit raya etc semua tu kan form of sedekah? :) Disebabkan aku dah umur 24tahun, tetiba aku ada rasa nak bagi duit raya pulak kat family aku. Walaupun tak banyak tapi aku tahu dorang happy. Sebenarnya tu nak tunjuk appreciation aku kat dorang yang banyak tolong aku dan banyak support aku. Selama ni banyak dorang belanja macam-macam. So why not kan? :)

Raya bukanlah raya untuk kumpul duit raya anymore. Dulu masa stranded kat benua Australia dulu ada la terpikir2 pasal duit raya hahaha, tapi sekarang it is not a priority anymore. Excited to get all dress up etc etc pun is not an excitement anymore. Raya tahun ni, boleh pulak aku beraya dengan kasut yang dah macam crocodile dah. Sikit lagi je nak tercabut tapak dia. Memang polisi aku pakai kasut biar sampai tak boleh pakai dah, So raya ke 4 tapak kasut aku memang koyak habiss kahkah. Don't worry peopleee, I got a new shoes the next day. Sampai ke taiping kita g beli taww

After all, it is sunnah to dress up in a new clothes tapi berpada pada sudeh, Sebab kita nak menyambut erti kemenangan. Aku pernah terdengar satu tazkirah ni yang dia gambarkan bulan syawal ni seolah olah suasana kat syurga. Sebab apa? Sebab bulan ni penuh dengan kegembiraan, perbualan orang banyak yang baik baik dan orang banyak ziarah menziarahi persis suasana dia syurga. Allah, kalau kita rasa syawal ni pun dah ada aura kegembiraan apatah lagi syurga kan? :) 

Allah, please bless this month just like what you did during Ramadhan. 
Moga kita semua bergembira dibawah syariat & masih lagi dibawah ketaatanNya. 

Abah & anak anak nya.
Salam Eidul Fitri dari kami!