Wan Syafiqa ni orangnya selalu unpredictable. So yeahh, sudden decision 2 minggu sebelum, beli tiket flight pergi Lombok! Nak kabo kat supervisor lepas beli tiket pun terketar-ketar takut cuti tak lulus leuls. Sebab tiket airasia tengah murah dan stress level tengah meninggi, keputusan tersebut telah dipersetujui oleh Abah dan Kak Yang yang turut serta dalam venture aku ke indonesia. At least ada orang back up, kalau duit tak cukup hehehe.
Actually aku dah lama nak pergi Indonesia ni. Teringin nak pergi Mount Bromo sebenarnya. Aku susun route dah cantik dah, turun kat surabaya-mount bromo-bali naik ferry. Tapi dangg tiket pergi surabaya mahal, rosak plan. Sape suruh tetiba sangat kan plan escapism dari dunia realiti haha. Brapa kali tah tengok tiket ni, akhirnya aku stumble upon Lombok yang harga tiket mampu milik la untuk seorang yang bergelar 'student tapi nak jalan' kind of person.
Check dengan naqibah takde program, dah isti'zan, supervisor pun dah lepas...so terus aku baca dan baca, pasal lombok dan baru susun itinerary. Aku ada perasaan yang pergi indonesia ni kena ada supir haha. Tak boleh nak jalan sendiri sendiri macam kat Aussie dengan Jepun. At last, kteorang decide untuk cari supir sahaja exclude segala fees, makan & hotel. Sehari ada la dalam Rm100+, IDR45000 kot. (include bbm which is minyak). Dan akhirnya kteorang dapat supir yang sangat baik dan best, pak henro ke herno ke nama dia. Sampai dah balik lombok pun aku masih confuse dengan nama dia hahaha. Okay, aku admit aku memang susah ingat nama orang. Tapi lepas tu tak berani nak tanya lagi sebab to be frank I asked him several times before tapi at one time lupa dan confuse balik.
Sampai-sampai je, supir bawak pergi makan. Ayam taliwang kot nama dia. Aduhh ku jatuh cinta rasa pertama dengan makanan dia!
Minum bersama jus alpukat @ avocado.
Lepastu 4 hari 3 malam aku asyik nak minum jus tu je haha
1st stop kteorang kat kampung tenun, sukarara.
Wan Syafiqa kan suka cuba benda baru.
Abah & kak yang hanya selfie
Boleh try juga pakai pakaian tradisional dia.
Free of charge. Abah taknak pakai sebab abah kata abah hangat haha
Soon after that, bermulalah episode amazing lombok secara berdush-dush.
Lombok seriously cantik sangat!
Stop 2 : Pantai Selong Belanak
Cantik macam beaches kat Aussie!
Lombok boleh nampak bukit-bukit lagi mcm ni.
Aussie nampak laut yang infinity haha.
Thought it's Maldives!
Sebab panas sangat, weols berteduh
dan minum air kelapa. Not planning to surf.
Notes: Pantai ni famous untuk surfing, kalau ada yang berminat boleh surf. Nasihatku yang ikhlas, sila bawak dan pakai sunblock tebal tebal sikit. Panas ya Allah.
Stop 3: Masjid National Lombok.
Okay masjid ni lawa sangat. Tour guide masjid ni pun best & friendly. Okay dah tak ingat apa nama dia tapi kteorang dikhabarkan yang masjid kat lombok ni banyak gila. Setiap kampung dia ada masjid. Pengajian pun setiap malam. Berbeza dengan bali yang serupa juga pulau macam lombok, tapi populasi dia hindu. Abah dah sampai bali like 2 years ago kot, so abah kata dia tak suka Bali sebab asyik tengok kuil ajer dan susah nak cari makanan halal haha. Testimoni orang lain pergi bali semua gembira je, tapi kalau tanya abah dia punya la kata tak seronok lol.
Atas menara masjid yang boleh nampak almost satu lombok.
Paling aku berkenan nampak gunung ganang belakang tu. hehe
Entrance masjid.
Policy abah kalau pegi tempat orang ni, dia nak pergi masjid tempat tu. So aku rasa sebab tu dia tak berkenan kot kat bali banyak sangat kuil agaknya.
Semua gambar gambar ni banyak tour guide tu yang amik kan. So tetiba ada personal photographer pulak. haha
DAY 2 IS ANOTHER ADVENTURE!
Okay basically, hari kedua ni hari snorkelling Wan Syafiqa. Kami ke gili trawangan. (Gili maksudnya pulau). Aku bercita cita nk buat island hoping sebab area tu ada 3 pulau kecik lagi in which pulau2 lain lagi best for snorkelling. Tapi sebab sewa boat mahal gak. 1juta IDR. Ada la dalam RM300+. Kalau island hoping Rm400+. Actually kalau korang ramai aku rasa okay je boleh bahagi2. Tapi sebab pergi bertiga je, so nampak mahal sebab abah & kak yang kena tanggung aku yang unemployed ni lol. Tapi sebenarnya yang bukan main nak snorkelling bagai ialah orang yang paling ada share paling kurang dalam trip tu hehe. Aku rasa aku je eksited nak snorkelling ni sebab abah memang taknak masuk air. Pening katanya. Kak yang okay, tapi sebab dia tak pernah snorkelling & tak confident sangat dengan air dia jadi taknak pergi dalam sikit. so dia kejap je dalam laut.
Sebab baru lepas balik mukhayyam, dan dah buat water confident sebelum ni. Laju je kita terjun dalam laut tu :') Ikan dia lawa bebenorrr. Anyway aku puas la snorkelling tu. Bukan main lama dalam laut haha.
Soon after that, kteorang pergi another side of gili trawangan. 3km ride with bike! Aku tak igt berapa sewa, tapi murah la. tak sampai RM5 kot satu basikal. Kalau taknak basikal, there's always option untuk kereta kuda. Tapi sebab aku rasa duit dah melayang naik boat, aku suggest naik basikal je.
So korang pernah tengok tak orang amik gambar atas buaian dalam air yang cantik gila tu. Tambah sunset pulak lawa bebenor la. So we wanted to produce the same exact picture.....
Okay, basically this photo is epic-ly failed!
hahahahahhaha
Masa aku tengah digelakkan oleh kak yang yang kata gambar aku kat buaian tu macam lembaga hitam yang sedang membuat percubaan naik ke atas buaian dan sering kali gagal, datang la photographer yang buat percubaan yang sama. Dia datang dalam keadaan senyap, dan aku pergi laju laju pun dalam keadaan senyap. Tetiba aku jadi pemalu.
Jangan aku jumpa gambar aku kat page Lombok sudah!
Okay yang tu nama dia Pak Usman! Sebab nama dia ni senang tu yang aku ingat haha
Balik hotel malam tu, aku dah rasa kaki kurus sikit.
Serius.
DAY 3 IS BE.AU.TI.FUL
The next day was island hoping sungguh. Kteorang ke area timur lombok. Tempat yang ada pantai pink tu. Bayar boat lagi. Serupa harga macam the day before. Aku tak tahu boleh snorkelling sekali sobsss. Kalau tak dah bawak baju lebih. Sebab kali ni snorkelling inclusive. Tak macam gili trawangan yang kena bayar IDR 1K for snorkelling, around RM30+. To be honest, aku rasa lagi best snorkelling kat sini!
Do you know that not every star belongs to the sky?
Banyak gila starfish dia weh tak tipuuu
I'm not kidding I tell you.
Ini tempat yang aku rasa unik. Dalam tengah-tengah laut tu ada satu pulau yang kita boleh berhenti tengah-tengah dia dan banyak gila tapak sulaiman yang terdampar. MashaAllah amazing.
So we decided to wait for the sunset here. Worth the wait.
It was beautiful :')
Batu payung! Kena transfer dari boat.
Maka nikmat tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?
Malam tu aku request nak makan bakso. The best bakso I ever tasted. Okay tak payah la aku letak gambar bakso semua orang kenal bakso kan, hehe
DAY 4 : GOODBYE LOMBOK
Last day dah tak masuk pulau dah. Hanya enjoy pemandangan dan ke sasak village. Kampung sasak ni kampung tradisional suku sasak di Lombok. That was unique. Amaze aku tgk rumah dorang.
Last day ni nampak beno abah dah gelap! hahaha
Kteorang dah pesan pakai sunblock dia taknak.
Yang pakai sunblock pun burn apatah lagi yang tak pakai pape. haha
Here is Kuta Beach! Unik sikit tak macam pantai yang lain.
Sebab gambar haritu terribly fail haha,
berjaya dah amik gambar comel atas buai
Lepastu kteorang terus ke airport. Sebelum tu sempat bungkus ayam taliwang bawak naik flight makan bila sampai malaysia. hahaha. Ya ampun tak pernah dibuat orang.
Lombok is just amazing with its culture and scenery. Not forgetting the food! I was literally happy with this vacation. Though it is a short vacation for me, I enjoyed it. A lot. Most probably sebab, makanan sedap, perut tak pernah tak kenyang masa kat lombok. I am a foodie so I dont mind spending on food. Makanan murah murah so aku beli pun cam tak kisah sangat. A comfortable vacation yang cukup serba serbi! Walaupun lombok bagi aku sunburn bila balik Malaysia, it makes me happy though. Sebab fernweh dah hilang, and stress level dah turun huahua. Well, aku nak repeat lombok lagi for another adventurous trip: Mount Rinjani Tracking pula :')
Next week dah start naik bukit Pelindung kat Pahang. Let's see fit ke tak kita ni. hehe.
So Lombok, see you again!