Assalamualaikum peeps.
Allahu bersawang dah blog ni. Untuk tahun ni ada berapa ketul je rupanya post aku.
Yes, covid-19 hits the world hard! Sedar-sedar, dah penghujung 2020 dah teman teman.
Jadi apa yang sebenarnya berlaku dalam hidup aku ni? hahahahha
So sebelum ni aku selalu buat post just to look back at my achievement for over a year la kenkonon. Tapi tahun ni serius aku pun tak tau nak look back on apa because things go really fast. I heard many people were kicked out from their works because of the economical changes and so on. I just hope that things go better for everyone out there. I am rooting for you, so please don't give up.
Since this year feels just like yesterday, I wanna tell you guys what has happened in my life throughout the year.
1.Awal Jan- April 2020
Selepas tolak tawaran phd di Chonbuk uni, Korea, aku dapat tawaran sebagai RA di Insititute for Molecular Medicine (INFORMM). Prof tawarkan aku selama 3 bulan sebelum aku register sebagai phd student dia. Aku suka duduk kat insitute tu. Best sebab cantik dan nampak cam mewah. Kena pulak ada kedai kopi sebelah lab yang aku boleh access dengan mudah. Tapi nak dijadikan cerita, boss aku toxic. Hari-hari aku pergi kerja pkul 7am-11pm. Penat dia jangan cerita la. Boss nak result cepat. So far aku masih boleh bagi result pada masa yang dia nak. Tapi bila start pkp, boss aku dah jadi unreasonable dan mula memarahi aku yang blur-blur ini. Sudahnya abah aku suruh stop sebab dia kata orang macam ni takkan bagi aku grad phd dengan baik. Dia mesti peram aku lelama dan eksploitasi tenaga aku. Dalam masa yang sama aku interview untuk satu projek phd di Turki. Sangat menarik projeknya tapi bagi aku tak mudah huhuhu. Eventually disebabkan keadaan di turki yang covid sedang menggila, supervisor aku kata mungkin susah nak teruskan projek tersebut buat masa terdekat jadi aku pun redha.
2. April-Jun 2020
Bermulalah episod aku membanting tulang empat kerat sebagai suri rumah tangga. Hari-hari aku masak untuk family aku. Buatkan bekal utk kakak aku yang bertugas sebagai frontliner. Hari-hari jugaklah mengemas rumah. Since adik aku pun ada kt rumah sebab dia online kelas, selalu banyak gak la spend masa dengan dia. Dan masa ni jugaklah aku prepare segala benda untuk sesuatu yang lebih besar dan merubah hidup aku 360 darjah bulan berikutnya. Pada masa ni jugak aku dapat tawaran mara untuk program biasiswa luar negara dan aku dapat tawaran kerja dari supervisor aku di satu syarikat biotech di Gebeng, Pahang. Sejujurnya, aku dalam dilemma. Tawaran kerja sangat tempting sebab gaji yang berpatutan dan sesuai dengan kelayakan aku yang ada sarjana/master ketika itu. Tapi bila aku tengok skop kerja, someone told me, "you can go far and better than this". Aku tolak tawaran kerja dan aku bagitahu supervisor aku "Saya nak sambung study, doakan saya jadi hebat macam dr." Dia reply "saya doakan kamu jadi lebih hebat dari saya". Lepastu aku mula msg potential supervisor di Manchester Uni, malangnya UK masih pkp dan mereka tak dapat nak arrange iv serta keluarkan surat tawaran pada aku buat masa yang terdekat. Jadi aku fikir, masih bukan rezeki aku pada ketika itu.
3. Julai 2020
Alhamdulillah, aku diijab kabulkan pada 17/7/2020 dengan seorang 'lelaki dalam doa'. Selepas aku bawa diri dan hati pada 2014, aku tak putus berdoa untuk Allah temukan aku dengan lelaki soleh yang baik, boleh jadi bestfriend abah, pandai manage duit dan sebagainya (boleh baca post:Future tsukasa sebab semua ciri-ciri tu ada pada dia). Maka Allah tunaikan segala hajat dan doa aku, Allah kurniakan aku seorang suami yang aku kenal 11 tahun lepas, tapi kami tak pernah berbual. Aku hanya tahu nama dan kewujudannya sahaja. Sehinggalah dia approach dan minta izin untuk jumpa family aku masa tu. So done with kawin haha, suami aku bawa pindah kepala batas, di tempat kami mula-mula bertemu.
4. Selepas kawin-hujung September
Aku hidup sebagai suri rumah, tunggu suami balik dan hidangkan dia dengan pelbagi masakan air tanga aku. Seronok tengok suami makan punya pasal, aku sukalah try resepi macam-macam. Dia pun naik berat badan 5kg lepastu hahaha. Tapi dia masih kurus la dan mencapai bmi normal akhirnya lol.
5. Oktober-Disember
Aku dapat kerja sebagai RA di Institute Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT). Aku kena kerja dan jaga arnab pulak kali ni. Aku okay sebab kena bawak dia ke xray, ct scan dan attend surgery. Akhirnya selepas aku build network dan connection, pencarian aku untuk dapat topik phd yang kena dengan jiwa serta sv yang baik akhirnya berakhir. Finally hujung nov, aku register sebagai phd student di ippt dengan harapan MARA support financial assistance aku sebab aku dah email mara tentang penukaran program overseas ke dalam negara dan meraka kata boleh. Doakan supaya urusan aku dipermudahkan! Tahun depan bakal bermula battle aku dengan phd, aku tak sabar tapi takut jugak dalam masa yang sama. Semoga projek ini baik dan memberi manfaat untuk ummah!