Pages

Tuesday, July 4, 2017

Erti Syawal

Selamat hari raya, maaf zahir batin korang :)

Lepas seminggu raya baru nak wish kan. 

Biasalah dah besar besar ni, kalau balik rumah tu tak ada masa pun lah nak update blog bagai. Kalau tak bersilat kat dapur, tengah bergelumang dengan kain baju yang entah sampai bila agaknya takkan habis. Adik aku sampai marah tak bagi tukar baju banyak kali. Dia kata dah mandi pakai balik baju tadi hahaha. 

Entah la nak maintain rumah cantik hari hari bukan main susah. Kalau ada 2 makhluk cenonet balik rumah tok abah dia, lagi seronok dorang memerintah rumah tu. Semalam baru sahaja peristiwa tragis menimpa diriku. Habis kuih bangkit cheese aku hancur dimain dek Fateh yang dah nak masuk 2 tahun tu. Tahap curiosity yang melampau, dan kenakalan yang diluar kawalan. Bukan itu je weh, habis lip tint aku dikerjakan. Nasib baik tak habis separuh dia tumpahkan. Banyak istighfar aku baby sit dorang ni. Haih

Sebab tu aku cakap, dah tak nyempat dah ehh nak update kat facebook, blog, whatsapp pun aku dah tak rajin nak forward mesej selama hari raya. Aku lebih menghargai masa masa bersama family, sembang heart to heart dengan abah atau bergelak tawa dengan adik beradik aku, reminiscing all those memories dengan mak and yet we realized yang semua orang dah grown up dan dah pandai urus rumah dan layan tetamu. 

Raya tahun ni rasanya mcm raya 'mak  mak' sikit. Aku suka menerima tetamu dan pergi ziarah makcik makcik atau kenalan yang kteorang rapat tapi susah nak jejak kaki kat rumah masing masing. Masa syawal ni la peluang yang sangat baik. Senang sikit nak terjah rumah orang out of nowhere kan? hehe. Semakin lama kumpul dengan family besar, makin aku faham perbualan makcik makcik aku yang dulunya "hal orang tua jangan menyampuk" is not for me anymore. Chewah hahaha. Oh ya, hari raya ketiga aku diberi tugas untuk uruskan 8 ekor ayam untuk dibuat kenduri. Ingat tak dulu aku freak out nak masak kat makcik makcik aku? Sekarang dah berekor-ekor ayam dorang trust untuk aku perap dan goreng untuk kenduri. jadi aku dan kak yang bergabung tenaga sampai senyap je kteorang haritu masa mencuci ayam. Penat punya pasal leuls. Tak tahu la macam mana mak dulu boleh masak semua sendiri huhuhu. 

Syawal ialah bulan dimana korang boleh perbanyakkan sedekah too. Buat rumah terbuka, bagi orang makan, bagi duit raya etc semua tu kan form of sedekah? :) Disebabkan aku dah umur 24tahun, tetiba aku ada rasa nak bagi duit raya pulak kat family aku. Walaupun tak banyak tapi aku tahu dorang happy. Sebenarnya tu nak tunjuk appreciation aku kat dorang yang banyak tolong aku dan banyak support aku. Selama ni banyak dorang belanja macam-macam. So why not kan? :)

Raya bukanlah raya untuk kumpul duit raya anymore. Dulu masa stranded kat benua Australia dulu ada la terpikir2 pasal duit raya hahaha, tapi sekarang it is not a priority anymore. Excited to get all dress up etc etc pun is not an excitement anymore. Raya tahun ni, boleh pulak aku beraya dengan kasut yang dah macam crocodile dah. Sikit lagi je nak tercabut tapak dia. Memang polisi aku pakai kasut biar sampai tak boleh pakai dah, So raya ke 4 tapak kasut aku memang koyak habiss kahkah. Don't worry peopleee, I got a new shoes the next day. Sampai ke taiping kita g beli taww

After all, it is sunnah to dress up in a new clothes tapi berpada pada sudeh, Sebab kita nak menyambut erti kemenangan. Aku pernah terdengar satu tazkirah ni yang dia gambarkan bulan syawal ni seolah olah suasana kat syurga. Sebab apa? Sebab bulan ni penuh dengan kegembiraan, perbualan orang banyak yang baik baik dan orang banyak ziarah menziarahi persis suasana dia syurga. Allah, kalau kita rasa syawal ni pun dah ada aura kegembiraan apatah lagi syurga kan? :) 

Allah, please bless this month just like what you did during Ramadhan. 
Moga kita semua bergembira dibawah syariat & masih lagi dibawah ketaatanNya. 

Abah & anak anak nya.
Salam Eidul Fitri dari kami!

No comments: