Pages

Thursday, November 13, 2014

When The-Quran talks :')

Hello peeps,

Lately, things are not really easy for me. 
Rasa macam diuji yang non-stop. Lepas datang satu, satu lagi datang. 

Mula kenal second year biomed dah rasa macam culture shock dah. Okay, seems that I underestimated 2nd year sangat, Ingatkan boleh lenggang-lenggang kangkung, chill chill macam first year tapi yes, made a mistake. Well, I just did. So I failed on my biochemistry on the first sem. Dapat supplementary exam pun tapi tak dapat-dapat nak topup 3 markah je pun. heh. But after all, Allah is the best of planners kan.  

DAH TAK SABAR RASA NAK GRAD. Padahal baru second year dah nyawa-nyawa ikan dah. Mana cita-cita nak buat master awak tu? =.=


Its nearly the end of this year. Tahun depan dah 2015. And currently tengah exam week. Semester ni dah banyak sangat balik Malaysia. Sampai 3 kali kita balik. So bila balik, 2 weeks of classes wasted. Tapi 2 weeks tu nk cover balik rasa macam 2 bulan punya study. Punya lah banyak kena cover. Nak catch up mashaAllah, terbutang mata teman ni aihh. Sampai nk muntah dengar lecture recording half of the sem. Dalam two weeks tu pulak lecturer kasi non-stop assesment. Online, tests, oral presentation and ada assesment yang sadly tertinggal jugak sebab tak dapat nk contribute works kt groupmates. :( Sudah lah kita ni mcm concern sikit benda-benda gitu lepastu tak boleh buat and markah lain kena extend. Ohmaii rasa terrible kot. 

Tapi alhamdulillah, atas timbang rasa lecturer-lecturer kat sini yang tahu keadaan hidup yang amat teruji ni, I am granted a replacement examination so I can do my final exam 3 weeks later. Though dapat replacement exam, wan syafiqa yang rajin ni pun pegi actual exam utk biochemistry as practise sebab kita dah trauma taknak fail biochem dah. Sobss :( lepastu paper dia susah betoi, berasap kepala haa jawab. end up balik rumah, tidur terus lepas maghrib tapi terjaga tengah malam. haha. 

But after all, alhamdulillah Allah mudahkan everything. Sungguh, tuhan itu maha adil. Maha penyayang, :)
Bila Allah tarik orang yang paling hebat dalam hidup ini, mak untuk kembali kepada-Nya a month ago, Allah pujuk balik dengan ayat dalam Quran yang buat hati ni rasa sangat terharu. Yang kadang-kadang hamba Dia ni lupa & persoalakan kenapa Allah tarik dia dalam masa saya masih cope dengan perasaaan & study. Malam mak pergi, malam tu jugak bunyi beep phone utk my regular routine : 1 'ayah, 1 day.

"Maka adakah patut kamu menyangka bahawa kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmah pada penciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada kami?"
Al-mukminun : 115

MashaAllah. Allah just speaks to me. Lagi kuat air mata ni turun laju-laju. Sungguh Allah itu maha penyayang, disaat hamba dia sedang lemah. Dia pujuk dan kuatkan balik dengan ayat ni. Di saat semua orang masih lagi sedih dengan pemergiaan mak, Allah hadiahkan satu nikmat, ahli keluarga baru. MashaAllah, hebat cara Allah pujuk kami sekeluarga! Hitung segala nikmat Allah bagi, that would never enough. Jadilah kamu orang yang bersyukur! kerana syukur itu juga satu nikmat :)

Despite a lot of things yang jadi kat diri ni, selepas serabut jawab biochem test baru baru ni. Just found out yang i nearly passed on my physiology test, but still failed.Risau yang rasa macam infinity tak habis habis. Rasa macam at this point I can choose whether I want to survive or not to. Tak tahu mana salahnya. Mungkin tak cukup usaha mungkin? atau itu yang terbaik? atau diuji lagi kerana Allah nak tengok how we keep on husnuzon dengan Dia? atau Dia rindukan rintihan hamba Dia ni?

And Allah speaks to me again. This time he wrapped everything in verses after verses. Sungguh Al-Quran itu penenang jiwa. Betul kata orang, kalau nak rasa Allah bercakap dengan kita, baca Quran ya. 

"dan bahawa manusia hanya memperoleh apa yang telah diusahakan,
dan sesungguhnya usahanya itu kelak akan diperlihatkan (kepadanya),
kemudian akan diberi balasan kepadanya dengan balasan yang paling sempurna,
dan sesungguhnya kepada Tuhanmulah kesudahannya (segala sesuatu), 
dan Sungguh Dialah menjadikan orang yang tertawa dan menangis,
dan sesungguhnya Dialah yang mematikan dan menghidupkan, 
Dan sesunggunya Dialah yang menciptakan pasangan laki-laki dan perempuan,
dari mani, apabila dipancarkan,
dan sesungguhnya Dialah memberi kekayaan dan kecukupan."
An-najmi: 39-48


Allahu akbar. Makin terasa diri ni yang kerdil ini. Compelete dah Allah jawab dalam Al-Quran. Jadi sesiapa yang selalu rasa down atau rasa stress ke, banyak-banyakkanlah tadabbur Al-Quran. Terapi diri IAllah. :) Imarahkan hari-hari anda dengan membaca Quran setiap hari. Kerana segala-galanya datang dengan izin dari Dia. 


No comments: