Pages

Monday, March 28, 2016

Shipster's Love

Hai!

Korang pernah ada sahabat baik tak? Sahabat yang macam hidup mati kau, kawan ah. Hah, cengituuu. Haha. Hari ni dok belek belek gambar lama dalam laptop. Takde la lama mana pun. Cuma beberapa tahun yang lalu, saat saat aku masih di Adelaide mengharungi denai denai kehidupan. Kalau dulu zaman sama sama bujang, sekarang sorang dah nikah dah alhamdulillah :) Habis dah semua bertaburan kat merata Malaysia sebab dah back for good, cuma yang dah nikah tu je yang tertinggal lagi kat Australia since she has another semester to go. Husband dia pun dok belajar lagi kat sana, so no worries lah kan, 3 orang kawan balik Malaysia, dapat sorang husband yang boleh jaga dia lagi power dari kteorang bertiga ni. Boleh bagi duit poket lagi. Untung laaah. Hmmmm..

Sebenarnya dah lagi seminggu nak masuk fasa baru jadi Research Assistant, teringat pulak kat dorang yang dulu jadi housemates yang penuh setia kt Adelaide tu. Hidup aku yang penuh onak duri kat sana, semuanya tenang dengan kehadiran mereka. Pastu aku pun mulalah mengadu kat dorang, "nanti kat kuantan siapa nak jadi kawan aku weii". T.T walaupun aku ni senang buat kawan tapi Shipsterian ni terlalu unik, yang aku takkan lupakan korang sampai bila bilaa. 

My Shipster's housemates are like this; you know I'll be there even if you are too busy to call up for me :') Kalau pepagi yang akan jadi jemah tu haruslah aku dengan kak mas sebab kteorang yang paling awal bangun pagi dan tak tidur lepas subuh. Pastu part time job kteorang pun kteorang settlekan selepas subuh, masa winter tuhan je lah tahu menggigil aku hantar katalog kat rumah orang. Peluh pun tak kauu dah 2 3 degree je pagi tu. 

Mengadu berat badan naik sambil makan tak henti pagi dan petang adalah hobi. Rumah memang meriah dengan makanan. You know there are people yang craving for malaysian food, pastu kalau buat tu mau berkilo kilo. Contohnya nak makan mee goreng, pack yang jual tu ada 1kg je, memang kau masak habiskan lah 1kg boleh makan sampai besok pagi. Tetiba kak mas nak makan masakan sabah pulak, dahh keluar nasik lalap bah. Nasi kerabu semua ada. You named it! Cendol pun kteorang penah buat hokay. Pisang goreng cheese haha walaupun pisang yang tak sesuai pun kteorang goreng je, dah tu je yang ada. 

Aku setiap minggu haruslah pack dengan usrah, daurah mabit tambah dengan assignments and tests every week pastu aku repeat subject pulak sbb fail, dan macam macam lagi. Kalau korang ajak aku tengok movie ke drama ke, yer memang aku tak tengok sebab aku takde masa pun nk tengok haha. Kadangkan, kebahagian satu satu rumah bujang tu terletak kepada understanding, give and take & time spent. Alaah, sama je konsep dia macam orang kawin. Kalau korang nampak cawan tak sempat basuh tu, tolong lah basuhkan. Kalau ada baju yang tak terjemur dalam mesin basuh tu, mesti ada antara dorang yang jemurkan. Kadang kadang baju pun dorang tolong angkatkan, cuma tak lipat je sebab dalam rumah tu semua berat hati bila tang lipat kain. haha. Bila toilet roll dah habis, akan ada orang yang pegi beli. Shout je dalam group, sape yang kat city & possible nak pegi beli mesti akan ada punya. Susu pun sama. Barang tenusu tu wajib dalam fridge. Tak lupa juga carrot, potatoes dan frozen chillies. Haihh, rindu weekend outing dengan housemates utk beli barang groceries. Kalau dah rasa lama sangat tak kumpul 4 orang semua orang akan cari masa sama sama, malam tu hang out ke, pegi makan ayam hot star sama sama dan lepak kat victoria square sambil makan mother's crepe. Lepaihtu mula sorang sorang mengenang nasib. 

Transport selalunya kteorang takde problem sebab dah beli kereta dan setiap kali sesape nk keluar rumah atau nk guna kereta akan shout dalam group rumah. So semua orang akan susun masa dengan baik sekali. Aku selalu terharu kalau dorang akan amik & hantar aku pegi usrah. Kadang tu usrah habis lewat malam. But dorang still akan keluar dan jemput aku. Kadang tu aku kena masak untuk program program bagai, kalau dorang free dorang mesti akan tolong aku packing makanan. Rumah pun boleh jadi rumah program dah sebab dorang tak kisah pun. Pernah kteorang buat mabit dan daurah kat bilik aku. Samalah dengan hajar. Hajar ni busy woman sebab part time job dia ni dah macam full time job dah aku tgk. Dia kerja accountant manager kat women muslim association. Kadang tu aku kena hantar dia pagi pagii lagi sebab kena masuk kerja awal en. 

One of our ways to support each other, kteorang akan pegi event/visit sekejap pun jadi lah if one of us jadi organiser untuk certain program. Aku memang memedang berprogram, hajar & kak mas. Ada sekali tu aku dengan ain satu group symposium untuk subject infection & immunity, dorang yang study commerce ni sanggup datang dan duduk dengar walaupun dorang tak faham apa. haha. Event event hajar mesti kteorang dia angkut sekali, jadi volunteer pun boleh hah. Disebabkan rumah takde ruang tamu, meja makan is the best place utk lepak. Berejam boleh gossip kat dapur, takpun masa masa tunggu orang tengah masak tu amik lah masa borak borak kejap ke en. Makan sekali pun penting.

Whatsapp group rumah 'Shipster's Love' selalu je bising. Nasib baik cinta shipster tu tak pernah pudar ;') Cerita pasal pergi kenduri kawin orang lah, serius weh, kawan kawan kawin macam air, berderet kenduri jenuh aku susun -.- Tak kurang juga dengan gosip cerita yang meletop letop hot sekarang, sampai kat kteorang dah jadi, Descendant of Semporna pulak. hahaha. Korang kena tahuu, kak mas sekarang jangan main main dah dengan dia, future dah nampak sikit dah nak jadi macam cerita korea army melodrama, cuma kak mas tour guide je, bukan doktor. hehehe.

Selepas berdas-das whatsapp group tu meriah dengan gambar makanan yang Ain upload sebab dia masak kat Aiman (her husband), suasana pun jadi emosi sebab Ain kata Adelaide dah takde sape dah, nak masak fancy fancy kat rumah. Kalau balik Adelaide pun tak seronok sebab current housemates tak macam kteorang. Housemate baru dia nice aja cuma korang tahu lah bila dah final year, semua orang akan cam moved sikit, wondering; "kegilaan apakah ini" Hahaha. Final year ialah tahun yang bagi aku ; back off semua orang yang nk memusnahkan kehidupan aku. I JUST WANT TO GRAD, THAT'S ALL. Puas hati guna caps lock lol. So housemate semua busy, mostly dorang amik farmasi. Lagi lah kan.

Study kat oversea tu bukan satu perkara yang mudah dan tak juga susah. Adaptation in terms of everything. Cara hidup, loghat, pastu kau nak kena amik tahu pasal service kat sana sebab kau kena uruskan bil bil eletrik, internet, gas semua sendiri. Kena pulak toilet rosak lah apa la dah kena panggil plumber pulak. Study lagi, accent dorang mashaAllah haha. Dengan dorang yang on time dan tak pernah pernah cancel class. Pastu bila kau stress lalu sebelah kedai makan, kau pun terasa nak makan puas puas sebab time tu sejuk dan lapar, tapi sebab tak halal dan kau kena tahan nafsu sambil tunggu bas nak balik rumah. Bila dah sampai rumah, kau tak boleh direct makan tapi kena masak dulu la pulak dan akhirnya selepas satu jam baru boleh makan hahaha.

Makanya surrounding especially kat rumah memainkan peranan yang sangat pentinglah bagi aku. Sebab kat rumah tempat kau nak berehat kan, kalau suasana cold je, memang rasa nak marah orang je manjang. Sebab tu korang kena ada housemates yang bersifat 3 perkara tadi; understanding, give & take. Buat hadek hadek, bahkan orang dewasa sekali pun, ciptalah suasana rumah yang membantu korang semua. I am family-oriented person. Warmness at home does matter. Kadang-kadang aku pun terkejut sebab pernah tengok post kat facebook, housemate dia garang macam singa. Berkepok kepok nota sana sini kat fridge, pintu toilet bagai dengan pesanan pesanan yang macam macam. We had the reminders too as well, but with sweet words and nice note. Spread the love, not the hatred. 

Nahh, salam sayang dari kami, The shipsters. 

No comments: