Ramadhan ialah bulan yang penuh dengan dugaan huhu.
Semalam memang hari lembik sedunia seorang Wan Syafiqa. Mungkin sebab aku terpaksa spend masa lama lama dalam lab dan terpaksa duduk kerusi tinggi lab yang tak membantu tulang belakang untuk duduk dengan posture yang baik haha, bukan itu sahaja, aku terpaksa mendaki bukit untuk naik ke mahallah dalam cuaca yang sangat panas. Dehydrated sesangat sampai dah mula dapat ulser dah sekarang T.T
Dugaan yang seterusnya ialah apabila DNA yang aku extract tak berjaya. Ya Allah I've been doing that works for 3 weeks now. Alhamdulillah semalam berjaya la dapat satu sample DNA yang agak concentrated sebenarnya for a sample only. Sample yang lagi satu tu sampai kesudah tak dapat. But that wont stop or the reason for me giving up. Kena double up effort and works. Maka berhuhu lah saya membaca journal, look for the exact method bagai. Penat nya bukan kepalang
Haih haritu baru sangat dapat my desired gene after 5 months just imagine peopleee. I was quite happy that I end up celebrate it by going to Pasar Malam. haha. Selama ni makan kat kafe je, sendu sangat kan sebab dah penat buat kerja dan hampa tu yang tak rasa nak pergi mana-mana. Tambah pulak sebab tak bawak kereta kat sini, lagi la limited peralanan tu huhu. petang tu terus shoot ke pasar malam. Dan aku pun tersenyum lebar, rasa macam nak beli semua benda kat situ.
Baru baru ni aircond lab rosak. Yang ni memang I kenot,
2 lab utama tempat bertapaknya Wan Syafiqa yang sudah redha dan pasrah.
Bayangkan lah, cuaca punyalah terik kat luar tu. Berpeluh peluh lagi sebab aku lah satu-satunya post grad yang paling rajin jalan kaki kat kampus ni haha. Kat sini yang tak bawak kereta bawak motor, sebab aku tak reti bawak motor, gunalah cara paling conventional iaitu berjalan kaki. Dekat bangunan ni pun dah kena turun naik bagai, bila takde aircond tu sengsara la sikit T.T
2 3 hari ni rasa macam dah hilang upaya dah sebenarnya. Semalam on the way balik ke mahallah, sempat aku berdoa supaya ada sister yang tumpankan aku balik. Tak payah la aku mendaki bukit nak naik ke mahallah. Mungkin itu lah the power of Ramadhan. Aku dan sister yang baru nak masuk kereta tu seakan-akan ada telepati. Lepas dia masuk kereta, dia turunkan tingkap dah offer aku naik tumpang dia. Hehehehe
Tapi bila aku dah sampai bilik, still terjelepok tak bermaya atas katil.
Sampaikan terawih kat masjid, aku dah separa sedar dah. Nur ajak ke bazaar kat area bandar kuantan ni sebab dia nak belikan mak dia baju untuk hari raya lepas terawih. Dan ketika itulah puncak segala-galanya aku memang nyenyak tidur dalam kereta sampaikan bila tiba uia, kawan-kawan aku kata aku dah serupa zombie dah haha!
oh Allah give me strength to complete my battle in such condition.
Semoga kekal bersemangat dan dapat Grad on Time iAllah.
Dan kerana Ramadhan, aku akan tetap terus berdoa dan bersabar :)
No comments:
Post a Comment