Pages

Tuesday, September 26, 2017

Part 3: Yangshuo, China

Hi guys!

Here it comes, part 3...

I guess Guilin is the most highlighted part of my China Adventure. I like it so much and it's really an absolute place to visit if you ever think of coming here. 

While I still can't move on with the scenery I witnessed in Longsheng the day before, this time was beyond my thoughts too. Yangshuo is a very small and peaceful village. And it took around 1 hour and 16 minutes to reach here. It's either you can board a bus or board a cruise like what we did. 

Boarding a bus is a much more cheaper option la. Time saving pun sebab naik cruise dalam 2 jam la nak sampai.

We chose to board a cruise to gain new experience. Sebab tak pernah naik lah main reason dia! aherher. Kalau nak naik cruise pergi krabi, phuket tu kena tunggu gaji 50k agaknya. 

Yangshuo by cruise along Li River - CNY380 included Lunch. 
Aku try tanya kot-kot ada vegeterian meal, tapi unluckily takde. Dalam tu ada dorang jual kudap-kudapan seperti udang size kecil yang di goreng serta ikan bilis. 

Anyway, we began to check out early in the morning at 8am. Thought that yesterday was the end of our meet up with sugar. Nevertheless, Sugar made her grand appearance again. She went all busy managing the tour group and fighting in the crowds for us to get the cruise tickets. Bersemangat waja betul Sugar tu. Memang jaga pelancong-pelancong bawah dia dengan baik. Bagus. Aku suka.

Sebelum beli tiket, Sugar ada tanya kteorang nak upgrade seat tak sebab boleh nampak much better and clear view konon-kononya la. Dan kteorang decide untuk tak amik dan sejujurnya aku gembira dan berpuas hati dengan keputusan kteorang tu sebab takde beza pun sis. Yang beza ketinggian ajer. Dan korang boleh naik atas kat ruang terbuka dia untuk amik gambar. Like what I did below hehehe;


Sepanjang Li River ni, kiri kanan korang akan nampak bukit yang macam ni


Lebih kurang gini la keadaan dalam cruise ni. 
Ada meja dan kerusi sambil menikmati pemandangan luar. 

Tengah syok-syok menikmati pemandangan dalam cruise ni sambil ditemani teh cina, tetiba tak semena-mena Sugar datang mengkhabarkan dekat luar sekarang ialah scenery belakang duit 20 Yuan sebelum tour guide dalam cruise ni bagitahu. Kami pun bergegas sepantas kilat naik ke atas nak tengok dan bandingkan, betul ke tidak. Takut Sugar gebang ahahaha

Kebenaran terbukti! Sugar tak gebang pun. 
Tadaaaa. Sama kan? Sama kan? :3

Tak lama lepastu aku dah exhausted sebab panas dia buka main, so lepak dekat bawah je. Sampai-sampai Yangshuo, sepanjang jeti nak keluar tu, banyak sangat baju handcraft yang cantik cantik. Yang ni aku menyesal tak beli sebab aku ada berkenan kat satu baju ni. Dalam mindset kteorang masa tu, kalau nak shopping pegi Guangzhao. Ternyata assumption tu salah. Barang kat guilin dan yangshuo tak sama macam barang kat Guangzhao. So gaiss don't repeat this. Sekarang pun aku masih boleh membayangkan baju yang aku berkenan tu; cardigan kuning cair dan ada bunga besar dalam dia. Aiguuuu T.T

One thing about Yangshuo, agak susah nak dapat taxi sebab lebih kampung kot tempat ni. Jadi sila mantapkan skill tawar menawar korang. Kteorang masa tu naik travel agent agency mana tah kutip tepi tepi jalan. Mahal weh dia charge tapi sebab dah tak tahan sangat dehyrated gila kteorang redha je. Malas dah nak put effort bercakap seperti ayam & itik. And the worst was, sekangkang kera je wehhh hotel tuuuu -..-

Kat yangshuo ni korang memang boleh dapat hotel murah-murah bak 1st class gitewww. Aku suka sangat hotel yang kteorang duduk ni. Sebab lawa. Tapi aku takleh nak recall balik nama hotel ni. Wuwuwuw T.T sebab bukan aku yang book. 

Tapi takpe, aku share je. Kalau aku dah jumpa nama dia aku edit balik entry ni. 

Price: CNY271.6 untuk 2 bilik, satu malam.

Super comfy bed! Nikmat betul dapat tidur kat sini

Tempat lepak makan meggi

View dari dalam bilik. Tenangnyaaa

So lepas lalalala mandi dan berehat, kteorang decide untuk ke west street dengan menaiki basikal sewa percuma selepas pukul 5pm. Jadi kami tunggu pkul 5pm baru kteorang keluar. Bijak tak? Hahaha. Sebelum tu lepak-lepak kat luar, amik gambar duluuuu

Anddd this place is such a beautyyy!







Kami teruskan perjalanan dengan menaiki basikal sekitar Yangshuo. Kiri kanan jalan nampak orang banyak jual sayur-mayur. Geram je rasa nak beli dan masak sup sayur kat dapur hotel ni. Tapi due to time constraint tak buat punn. Bercakap pasal makanan halal, dekat west street ada 2 kedai makanan halal-indian food. Kedai dorang sebelah2 je. Kteorang tapaw nasi beriyani dan butter chicken. 

Ini lah kedai dia. Sedap. Large portion jugak
Beli 2 bungkus, kongsi 4 orang.

Macam biasa, akulah navigator jalan terbaik.
ehehhehe

Suasana west street

Berbekalkan mindset shopping nanti kat Ghuangzhao, aku tak beli sangat pun barang kat sini. Kak yang beli monopod je untuk memudahkan proses selfie huahua. Okay, aku masih teringat baju kat T.T

Malam tu kami ke pertunjukan Impression Li. Ini antara pertunjukan bagi aku besar la gimik dia. Suasana di mantop. Memang aku impress! Dan lagi impress dengan orang cina yang serius banyak gilaaa. Ada rasa macam pergi perarakan sikit. Risau je kalau terhilang dalam lautan manusia masa tu. Bila pikir balik power gak kteorang duduk kat tempat yang benar lagi lurus walaupun zero mandarin kehkeh. 

Admission fees: CNY 198. 
Yang ni pun aku secure awal dekat receptionist hotel kat Guilin, sebab takut tiket habis. 
Tiket ada either pukul 8pm/9pm la macam tu tak ingat.

Anyway, benda paling epic setakat aku kat China berlaku malam tu! Al-kisahnya kteorang mencari transport untuk ke sana. So aku dengan kak dila deal la pengangkutan dekat receptionist. Receptionist tersebut cadangkan untuk kteorang naik motorbike taxi in which boleh occupy 2 orang satu taxi. Murah lak tu so aku okay la. Semangat aku on time turun sebab receptionist tu kata kena pergi awal pkul 8pm dan kena punctual la. Dalam aku menjenguk kat luar hotel aku nampak 2 orang jejaka cina atas motor yang seakan-akan menanti seseorang. Aku lex je la lagi. Tapi dah beberapa minit tunggu dah kenapa jejaka tersebut masih berada disitu. Dorang pulak dok tengok2 aku. Terus aku terfikir inikah motorbike taxi yang dimaksudkan itu? Like literally a motorbike!? hahahahahah tak sudah aku gelak masa tu sebab terkejut sangat. Dalam fikiran aku masa memula tu, ala-ala tut tut yang kat india tu sebab kteorang dah nampak la tut tut tu ada sekitar jeti masa memula sampai. Yang lagi kelakar dorang siap tambah extension kat belakang motor tu lagi supaya 2 orang boleh membonceng. 

Jadi korang jangan terpedaya dengan motorbike taxi dorang seperti apa yang berlaku kat aku kahkahkah. Aku okay lagi la sebab naik dengan abah. So abah duduk depan, aku kat belakang. Kak yang dengan kak dila la macam awkward2 sikit. So kak yang letak beg dia in between dia dan jejaka cina tersebut. Nevertheless, aku cadangkan korang memang kena naik motor kot kalau nak gerak satu jam before ke Impression Li show ni. Jalan jem ya ampunnnn. Bukan jem dengan kereta je, orang pun penuh -..- So ada hikmah rupanya naik motor malam tu. hahaha

Aku lah tu. 
Yang duduk atas extension motor tu. Haha

Since kteorang beli tiket masa kat hostel di guilin, receptionist dah pesan siap-siap nanti cari orang pegang bendera no 4. Sampai kat tempat tu, lautan manusia mula memenuhi setiap penjuru tempat tu. Dah macam mana nak cari woih. Eventually hasil pandangan masing-masing yang cekap, jumpa la orang yang pegang bendera tu, Senang je tunjuk tiket settle dah. Macam main jutaria iols tengok, sebab tiket tu selamba badak dia tulis no 4 dengan pen huhu

Walaun Impression Li Show tu full dalam bahasa cina, tak faham pun takpe weh. Korang akan amazed dengan pertunjukan yang dorang buat atas air, betul-betul dekat Li River. Melalui pemerhatian aku, impression li show ni banyak menggambarkan kehidupan masyarakat yang tinggal kat yangshuo serta beberapa kepercayaan dorang. Sebab macam ada ala-ala adegan alam barzakh sikit. Maksud aku kehidupan selepas mati mengikut kepercayaan mereka. This show is a success and worth to watch iAllah. But, if you want to skip it..I won't say it is a major loss. Untuk aku yang gemarkan pertunjukan macam ni aku happy dan berpuas hati =]

I regret that we spent only a day in Yangshuo when in fact there are much more to discover here. Seriously, I recommend you to spend much longer time here. 3 days and 2 nights will do. Tunggu la dah kerja. It is a place I wanna come again.

That night aku dah mula berkemas untuk start bergerak ke Guangzhao naik bullet train!

Would update the next post soon.
See yaaa

No comments: