Remember long time ago I wrote a post attributing to my housemates in Adelaide? Today I am about to write the same thing. But this time, it is with my so called friends when I was in boarding school.
So baru-baru ni aku attend majlis konvokesyen kawan baik aku masa kat SAKBA dulu. It was seriously a reviving session. Aku rasa best sangat walaupun aku terpaksa bawak kerja aku dan stay up malam tu untuk siapkan part of correction aku lol.
The convocation day was on sunday, dan sabtu tu aku dah ada siap-siap kat subang sebab teman abah pergi kenduri kawin kat One city. Malam tu dok tunggu acah sampai putra height dan lepastu kteorang stay up sesama buat kerja dah dedua sekarang sambung master hehehe. Lama aku rasa tak stay up belajar dengan kawan mcm ni. And the memory about us struggling for SPM just vividly came. Aku siap pesan suruh acah beli jajan sebab acah kalau study kena ada makanan kahkahkah. Tu zaman sekolah dulu lah, kat bawah meja mesti ada honey star ke, keropok ke hahaha. Aku percaya acah masih tak berubah kehkehkeh
The convocation day arrived then lepastu bermulalah kegigihan aku dengan acah menapak nak pergi konvo safy haha sebab kereta tak boleh masuk dalam. Abah n kak yang terpaksa drop kteorang kat gate dan beg baju memang mintak ihsan pakcik guard uitm shah alam masa tu mintak tumpangkan lol.. Gigih sangat plan hadiah untuk safy, bawak bunga dan belon berjalan tengah terik bhahahaha. Nasib ada bus offer naik masa tu. KALAU TAK BOLEH GARING AKU DENGAN HAFSAH MASA TU. Caplocks siap sebab serius haritu panas ya ampunnnn
Congratulation Safirah Hanum!
You've made it til the end. I am so proud of you <3 i="">3>
Despite hari panas gila masa niiii,
nasib baik maintain gambar lawa muka happy heeee
Aku tak tahu la rupa aku dalam gambar kat studio mcm mana. Aku harap tudung aku tak kembang dan aku kekal cantik. Anyway, lepas check in hotel masa tu, aku dengan acah dah terbongkang dah masa ni. Plan nak swimming bagai tapi tak dah mampuuu. But the day continued in a perfectly comforting way alhamdulillah.
10pm - Bingsu at Mykori
11pm - Oden at Family Mart
12am - Fried chicken
Sambil ber-fried chicken sambil membawang. Thank god ada ayam goreng kalau nak pillow talk aku rasa tak sampai seminit aku dah pengsan malam tu. It was such a good night coz you know there was happy occassion and talking to your bestfriend is like a good therapy :) disamping menginap di hotel yang best dan breakfast yang menarikk hahaha
7.45am - Breakfast at Concorde
#Bae
Lepas aku kecewa dengan Ayman Rashdan Wong baru-baru ni,
aku dah ada Bae baru. Cukuplah roasted duck sebagai penyeri hidup.
Tsk tsk tsk
Pretty much aku rasa retreat mcm ni was such a refreshing one. Acah kata once in while kita memang kena ada masa macam ni which is aku agree hehehe. Tunggu la next convo aku kita stay marriot pulak kayh kahkahkah. Boleh start menabung dari sekarang heee.
Aku rasa aku bertuah sangat sebab sebagai seorang sanguine dan extrovert aku memang perlukan orang di keliling aku. Aku lemau kalau tak jumpa orang. But in every places that I go, Allah grant warm and lovely people around me. Masa kat asrama dulu, we pratically lived together sebab dok asrama kan. So perangai buruk memasing semua dah tahu hahaha, ketelusan aku dengan dorang ni pun dah level 99 dah. We shared everything. And I dare to say they see me growing. Dari zaman tak matang sampai la kteorang share thoughts on life and things through whatsapp group. Nak shopping beli baju pun msg kat group kekekke.
Berbeza dengan geng diva aku kat all girls school dulu in which geng aku masa tu 10 orang (this is normal in girls school), my world revolves mostly with my 2 bestfriends in boarding school. Acah n safy kawan sekelas aku, dan kteorang bertiga dulu duduk sebaris. Though kteorang tiga berbeza sungguh perangai pretty much we compliment each other. Safy of coz la pelajar paling cemerlang antara kteorang 3. So 3 bulan sblm spm, safy pindah dapat kelas pertama, aku dengan acah stranded masuk kelas ke-3 out 7 class masa tu. hahahahaha Habis je form 5. Kteorang dah tak study sama dah. Aku n acah masuk matriks tapi acah kat kepala batas, aku kat changlun nun. Safy sambung dip pharmacy masa ni.
But you know, true friends would always be there when things aren't on our way kan? Masa aku second year kat Adelaide, my mom was ill and passed away. Tambah pulak aku kena reject masa nii. Bagai ditimpa tangga bertubi tubi gituu haaa. Masa ni memang aku rasa hilang separuh kekuatan aku. But being good friends, dorang ni lah teman aku for a couple of days masa ni. Turun kuala kangsar teman aku. Huuuu.
Few years later, acah experienced a massive broken heart. Dan bermula la sesi membawang dan mencaci lelaki tersebut dalam group whatsapp hahahaha. Korang jangan memain bab2 ni dengan perempuan haha. So gigih la aku dengan safy teman acah bercuti kat cameron highland sebab nak bagi acah hilang rasa sedih dia sambil malam tu pillow talk. Okay aku lega aku tak tdur awal masa tu hahahaha.
This time we gather around in a happy occasion. We didn't grief which makes it more special.
Decision aku untuk pergi boarding school aku rasa a blessing in disguise kot walau result SPM aku in return takla segempak kawan-kawan aku kat sekolah lama. Kat situ aku kenal al-mathurat, belajar puasa isnin dan khamis, dan kat situ jugak ada kawan-kawan yang sampai sekarang masih menjadi penyokong setia aku, in whatever I do =)
Thank you girls. You both are the best!
Aku tutup dengan gambar 10-9 tahun dulu.
Aku tahu.
Kteorang dari dulu sampai sekarang maintain comel kan?
Adios!
No comments:
Post a Comment