I've came across this thing ;
Saya sebenarnya tidak mahu membangkitkan apa-apa isu mengenai gambar tersebut, jauh sekali mempertikaikan statement yang cuba di sampaikan oleh 'sang editor' gambar ni. Saya sedikit terkilan apabila rata-rata kaum adam yang bersetuju dengan statement ini cuba membuka mata wanita-wanita dengan pelbagai caption seperti ;
" Terasa tak? "
" Perempuan Melayu memang gedik "
etc.
Saya agak geram apabila lelaki-lelaki ini tidak cuba untuk cermin diri bahkan hanya nampak kelemahan-kelemahan wanita yang sepatutnya dibimbing oleh lelaki, Bukankah lelaki itu pemimpin? Tetapi, melihat kepada caption-caption itu sahaja sudah nampak hilangnya kredibility & kerasionalan seorang lelaki untuk menjadi pemimpin kepada yang lemah.
"Perempuan melayu sibuk berkarya / berpuisi menanti bakal Imam solatku, bakal tukang bayar shoppingku"
Bagaimana pula dengan lelaki yang hanya sibuk menghabiskan duit serta masa dengan bermain game dan mengumpul berbagai jenis gadget&robot? Kenapa tidak ke kelas agama dan menyimpan duit kerana anda pastinya suatu hari nanti akan menjadi bakal imam keluarga untuk menyempurnakan agama anda?
"Lepastu dok tengok gambar artis kahwin kt Malaysia sambil bergedik, ohh sweetnya..eee bestnya, jelesnya"
Bagaimana pula dengan lelaki yang menonton video porno sehingga kadangkala ada yang menjadi ketagih kerananya? Malah ramai juga yang ke pusat serenti berbanding Universiti? Bukankah perkara ini lebih besar untuk menjadi isu? Siapa yang perlu dihempuk dengan tong gas untuk menghilangkan kesawanannya sekarang ni?
Maaf, sekiranya article ini mengguris hati sesetengah pihak. Isu-isu seperti ini memang kadangkala sensitif. Saya hanya cuba membuka mata masyarakat, bukan sekadar lelaki Melayu ;)
"Seharusnya lelaki tidak perlu meletakkan piawaian yang terlalu tinggi untuk calonnya. Kerana jika IMANnya hebat, maka dia akan memimpin dengan baik, tidak kira siapa pun yang akan menjadi makmumnya.
Yang harus cerewet adalah wanita. Kerana dia sedang memilih calon IMAMnya. Dan sudah pasti, dia mahukan calon Imam yang mampu membimbing dengan baik. Kerana memilih bakal Imam, lebih penting dari memilih bakal Makmum. Jika betul IMAMnya, maka betullah MAKMUMnya"
Renung-renungkanlah,
Tetapi tidak bermaksud wanita
hanya perlu menunggu lelaki untuk
memperbetulkan akhlak serta akidahnya.
Rujuk kembali ; [An-Nur 24:26] :)
No comments:
Post a Comment