Pages

Saturday, August 23, 2014

His plans are greater than my dreams.

Assalamualaikum, silent readers :)

Hari ni dah seminggu rasanya melayan perasaan sedih sensorang. Alhamdulillah, lepas pergi mabit, qiam dapat kumpulkan sikit kekuatan hati ni. Rasa malu kat diri sendiri pun ada. Panggil diri sebagai akhowat, muslimah yang patutnya tahu prioritize apa yang penting dan perlu buat masa ni, tapi masih lagi boleh fikir benda benda yang tak sepatutnya fikir pun sekarang. Maaf kalau siapa yang terasa. Kerana saya juga seorang perempuan, sharing itu satu azimat. Berkongsi itu ubat penenang. Susah jugak kalau sakit telan sorang sorang, perit pendam sendirian. Cuma nk ringankan perasaan ni sikit. Sikit je.

Alhamdulillah, hari ini makin rasa recharged. Akhowat yang dikasihi kerana Allah, jazakillahukhair atas perkongsian & for the time spent. Memang manusia ini tak pernah sempurna. Ada masa tersungkur jugak. Lebih2 lagi bila dalam umur saya ni, emotionally unstable memang lah selalu. Terima kasih kerana mengingatkan yang rahmat Allah itu lagi luas. Terima kasih kerana mengingatkan untuk sentiasa bersangka baik, husnuzon dengan Allah. Perancangan Allah itu sangat baik. Mana mungkin dia uji seseorang dengan ujian yang bertimpa timpa selain ingin kita kembali pada Dia. Takkan Dia letakkan satu satu ujian kalau dia tak tahu yang hamba dia yang comel ni, hehe tak mampu terima. Kan? :)

Perit hati ini memang saya dan Dia sahaja tahu. Yakinlah yang Dia memang tahu perasaan hamba Dia ni. Yakinlah dia sentiasa memerhati dan mendengar kerana Dia maha melihat dan mendengar. Yakinlah juga yang jodoh dan pertemuan juga hadiah dari Dia. Walau tak tahu apa hikmah disebaliknya, percayalah memang ada sebab Dia uji begini.

Walau hati ini masih kuat mengatakan dia, mungkin jarak waktu berpisah kali ini menyiapkan diri kita untuk masa depan. Mungkin Dia sedang memberi ruang utk awak dan dia untuk muhasabah dan reflect diri. Supaya dia faham, erti hilang sesuatu dan bersyukur memiliki sesuatu. Kerana Dia lihat awak perlu tingkatkan fokus utk pelajaran, Bukan mudah nak jadi pelajar Biomedical Sc ni. Kerana Dia lihat awak masih lagi merangkak2 dengan dakwah. Mungkin kerana dia lihat, this is not the right time yet utk fkir pasal kahwin. Tanggungjawab yang lain pun banyak lagi nak settle lagi kan? Wan Syafiqa, hidup awk ni bukan untuk awak sorang. Hidup ini nak cari redha Illahi. So give your very best now for your family! Tunaikan hak hak awak yang sepatutnya awak laksanakan dulu, anak, adik, kakak, sbg kawan, naqibah, anak usrah, daie etc. Sebagai isteri belum lagi, kerana Dia rasa masa ini belum sesuai lagi. Jadi, sabarlah dulu. Tunggulah dulu... :)

Dan persiapkan lah diri ni juga, kalau Allah kata orang itu bukan dia. Bila awak je yang menjaga hati untuk orang yang awak reserve, plan untuk jumpa parents dia sebab awak serius untuk berkahwin, tapi orang tu tak jaga apa pun, instead boleh sangkut pulak kat orang lain. Means hati dan perasaan dia pun belum betul2 sealed kedap udara punya gituu. Sebab kita sedang berusaha menjadi yang soleh solehah so bila kita dah ada calon, tak perlu fikir orang lain dah tapi perlu teruskan usaha untuk istiqamah selalu. Means, pergaulan dia pun tak terjaga sehebat awak....Bila mana awak memandang jarak jauh itu sebenarnya adalah satu hikmah kerana Allah nak jaga kita, letakkan kita berjauhan and when the time is right, kita dapat rasa manisnya & hargai masa masa bersama sebab sebelum ni kita susah nak jumpa hari hari. Penat tunggu masing masing tapi masih mampu bertahan bukan harapkan sesuatu yang dekat hanya kerana nafsu syahwat. Means, hati dan trust dia kepada Allah juga tak sehebat awak...Bak kata seorang ukhti, kerana awak layak mendapat yang lebih baik. Sebab yang lebih perfect, lebih hebat, lebih buat awk cair tu belum sampai lagi. He's taking the long way. Buat awak tunggu dulu sebab dia pun macam awk jugak. Sibuk dengan pelajaran, sibuk dengan dakwah, sibuk nak baiki diri dulu sebelum jumpa awk. So that even if he was not in your vocabulary, he will be the only word you know later. Dan bila sampai masanya, he'll do it in a very right way. No approaches on me anymore, instead approaching my dad.

Kerana janji Allah, lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. Bila hujung minggu awak ada usrah, dia pun sama punya fikrah, bukan dah keluar dengan kawan kawan tgk wayang. Bila malam-malam awak dah selamat sampai rumah dia pun sama mcm tu, bukan dah lepak kat rumah kawan dan kawan perempuan especially sampai lewat malam, pukul 12 baru balik. Bila awk aktif menguruskan program, dia pun sibuk dengan aktiviti yang berfaedah bukan duduk rumah hujung minggu tengok movie @ tgk series atau sentiasa complaint yang awk sibuk itu ini. Sebab, apa yang awak buat selama ini ialah perkara yang mencari redha Illahi. Ingatlah wahai hati, awak itu muslimah yang mahal. Bukan calang calang lelaki boleh dapat awak. Tak perlu pun buang masa fikir lebih lebih buat masa ini. Pretty much I am sure, Allah is telling me, this is not the time yet to think anything about this. Kumpul duit bebanyak duluuu. hehe. Yang penting luahkan rasa and masa banyak2 pada Dia so that hati dan perasaan ni terjaga. Keep on doing good things. Istiqamah and makes Allah please with you 1st. Janji ye, never again buka ruang untuk mana mana lelaki okay awak :)

O Allah, 
please do not make
me fall in love again
when 
time is not yet right.

No comments: