Dekat 2 minggu ika kt Malaysia. Dekat 2 minggu jugak dapat direct tarbiyyah. Macam2 perasaan these few days. Seriously, rasa macam hari hari menangis pun ada. Allah, sayunya bila tengok mak hari-hari mengerang sakit, lemah atas kerusi roda, sepanjang hari akan baring atas katil, bila suap makan 5 suap pun paling maksimum, kadang-kadang mak cakap apa pun ika tak faham dah. Tau je mak ada fikir something tapi bila nak sampaikan tu tak boleh kan? Sebab ammonia yang sangat tinggi dah naik ke kepala. Hati mak dah tak berfungsi elok. Makin lama ika belajar, makin lama ika faham sakit mak ni. Kita tengok pun dah seksa, ni kan pulak mak yg rasa. Nak tolong macam mana pun ika dah tak tau dah. Kak yang & kak long yang dah ada title doktor pun kadang2 stressful nak buat keputusan apa yang terbaik untuk mak. Ika yang baru jaga mak full-time pun rasa penat sangat, Hari-hari rasa macam nk terbongkang je tidur 3 hari 3 malam. Kadang-kadang kena berjaga malam sebab mak tak dapat tidur and selalu menangis. Serius, mak memang Superwoman! Supermom! Hebat semangat mak ni lawan sakit mak sehebat mak besarkan kteorg 5 beradik dulu! Sayangnya mak dan hebatnya mak urus keluarga dulu. Hari-hari balik sekolah, mesti ada lauk atas meja & rumah dah berkemas. Setiap pagi mesti ada breakfast & kadang2 mak siap sempat buat bekal lagi. Dulu mak mengajar sekolah petang, tapi bila balik rumah, directly mak mesti terus buat dinner & nasi lemak sebab nk jual kat budak asrama sekolah RMM. Bila raya, mesti mak amik tempahan kuih sebab nak dpat extra money. Hebatnya mak cari duit dulu nak besarkan kteorang. Mak hebat sangat dulu, masak untuk berpuluh-puluh orang, rileks je. Power tenaga mak Allah kasi. Tapi sekarang, apa pun mak tak larat nak buat dah. Mandi, makan & tukar pampers semua kena mintak tolong orang. Rindunya nak makan masakan mak :( last ika makan pun before fly awal tahun hari tu mak bekalkan ikan bawal masak sambal & sayur lemak. Rindu sangat nk bersembang dengan mak. Last dapat mengadu pun masa ika telefon dari Aussie before exam. And masa tu jugak suara mak happy sangat and I was very enjoy talking to you. But then after a week, kesihatan mak merosot. merosot sangat and it keeps on declining sampai sekarang. Terkedu kejap bila kak yang cakap,
"Ika, do you know that it's a miracle yang mak boleh bangun balik ni?"
Allah kata berdoalah, akan dia kabulkan doa kepada sesiapa yg bedoa kepadanya [2;186] Sungguh Allah maha mendengar. Lagi hebat abah yang sentiasa disisi mak! Sabar abah layan kerenah mak dekat 5 tahun mak lawan penyakit ni. Dulu masa mula disahkan hepatitis C, mak amik alpha-interferon & ribavirin but those treatments gives side effects dekat mak espc hyper-tension. Masa tu mood mak tak boleh jangka-jangka. Tapi abah tetap cool, tetap sabar, tetap rileks though mak kadang2 jerit dekat rumah. In between mak sakit sungguh ni, ika still dekat aussie, along, kak yang & kak ngah kerja, adik dah kena pergi UTM, lapor diri. Abah yang jaga mak full-time, buat kerja rumah, cuci & lipat kain. Abah masak untuk mak hari hari. Tambah mak ada certain diets yang kena follow sebab at the same time mak ada diabetes. Abah yang akan cucuk insulin hari-hari kat mak. hari2 jugak abah akan amikkan wuduk untuk mak, pakaikan telekung untuk mak, ajar mak solat etc. Bila ika balik dari jaga mak kat hospital, ika dah memang terjelepok tak larat. Banyak jugak tidur awal2 sampai rumah, tapi bila bangun. semua benda abah dah siapkan. Abah kejut, ajak makan je. Allah, masa tu rasa mcm impress sgt. Respect sgt dengan abah.
MasyaAllah, abah. You are a great Imam!
MasyaAllah, mak. You are a wife of a great Imam!
Kawan-kawan datang melawat mak,abah boleh senyum lagi berlawak2 lagi sebab itu mmg nature abah. Tak pernah lari dari usik orang. I know deep down inside abah sedih, rupanya waktu mak koma, banyak kali abah menangis.This circumstances has changed everybody in the house so badly. Semua orang dah jadi kuat & tak harap bergantung kat siapa2 dah. Kak yang dah boleh drive balik rumah dari taiping. Adik who was once the baby in the family can now travel by her own to Johor which kteorg tak expect she can do it. And I have to travel by myself sorang2 balik aussie without anyone around. Anyone whom we expect to wave you goodbye before pergi departure hall. Every things happen for reasons. Hikmah Allah uji kami sekeluarga mematangkan semua orang dalam rumah ni rupanya.
Abah & mak,
Bila kata sayang mak & abah kerana Allah. Mudah-mudahan anakmu yg degil & kuat melawan cakap suatu masa dulu ni, menjadi tiket dan saham kalian di akhirat nanti. Kerana 3 perkara yang menjamin pahala berterusan ialah ;
1) Ilmu yang berguna
2) Harta yang diinfakkan ke jalan Allah
3) Doa anak yang soleh
IAllah, moga anakmu ini menjadi salah satu penyebab mak & abah ke syurga. Srikandi pejuang ummah yang sentiasa berusaha menjadi khalifah Allah & ummat Rasulullah yang lebih baik. Allahuma Ameen.
No comments:
Post a Comment