Pages

Wednesday, March 8, 2017

Lalu, kamu hidup sebagai apa?

Assalamualaikum

Semester ni nampaknya lebih dahsyat dari biasa. Dah mula kurang masa untuk diri sendiri huhu. Tahun lepas sebenarnya sesi pemanasan badan je rupanya. Bila dah mula benar benar jadi seorang pelajar master dan perlu assist 2 orang pelajar fyp, Wan Syafiqa nampknya dah lebih matang dah. Walaupun 2 orang pelajar tu sebenarnya tua lagi dari aku hehe. 

Masa nak update blog pun ni curi curi sisa-sisa masa yang terluang. 

Kata Hassan Al-Banna, tanggungjawab ni memang banyak dari masa yang kita ada. Literally, I have so much things to do. Tahun ni diberi taklifan dan kepercayaan untuk menjadi ketua beliawanis uia kuantan. Kadang-kadang rasa macam tak layak pun nak pegang title tu, sebab orginally I am not a student from uia, jadi diri sendiri pun masih terkapai-kapai nak faham sistem dan budaya uia ni macam mana. Meeting setiap biro, haruslah kena hadir. Pembina sendiri ada 5 biro, dan disebabkan itu aku hanya mampu berhuhuhu aje. lol. Ya, Wan Syafiqa kena banyak belajar. 

Masa kat Adelaide dulu, ada sebahagian tandas yang diconteng oleh budak budak uni. Sejujurnya aku sendiri pun tak faham kenapa dorang bertindak sedemikian, padahal dalam toilet kalau dah selesai business keluar la kan. Ni ada la pulak masa nak luang masa lelama dalam tu haha. Tapi tapi, kadang tu aku terhibur jugak baca sementara dalam toilet tu hehe. Cumanya aku pernah terkesan dengan satu ayat ni 

"time is like drugs, if you have more than you need, it will kill you". 

It's so true though, sampaikan aku pernah up benda ni dalam taujihat aku masa meeting kot haha. Betul, jadi banyak la benda yang aku buat untuk isi masa lapang, cari ilmu & belajar benda baru etc. Berbekalkan semangat tu, aku bercadang untuk enrol kelas Bahasa Jepun. Nak amik semangat Al-Fateh yang mampu berbahasa 8 bahasa! Niatnya, selepas master ni aku nak tinggal beberapa lama pula la ke Jepun. Kerja kat sana dan kumpul pengalaman. Aku dah buat research dah pasal agent nak mengajar English etc. Semangat kan, so sepanjang aku nak habiskan master ni aku plan nk belajar extra, nanti senang la habis master at least basic bahasa jepun tu ada. Tapi lain pula jadinya bila aku ke pejabat uia, niat nk enrol kelas, akhirnya aku kena mengajar English pula disebabkan aku dapat request daripada officer dia. Aku setuju sebab plan aku untuk ke Jepun dan ajar English, tapi konon-kononnya disebabkan aku cemerlang Bahasa Sepanyol dulu masa kat uni, uia nk bukak kelas Spanish hahahaha. And yes, I am an English and la profesor en clase de Espanol now. kahkah. Uia memang cari tutor dan kekurangan tutor, so yes Wan Syafiqa kena belajar lagi. Kena revise banyak Bahasa Spanish. Gaji tak banyak, tapi cukup kot nak tampung yuran hostel kat uia ni sementara menunggu scholarship. Semoga hati ini sentiasa ikhlas, dan mengajar untuk sampaikan ilmu. Sebab tu lah antara deeds yang akan stand by us kt akhirat nanti. Tulis semula benda ni nak pesan kat diri sendiri untuk tak banyak blabbing, walaupun tak percaya mula2 dan rasa kurang confident nk menagajar bahasa ni, Allah dah jawab dah doa awak, sebab awak mintak supaya Allah berikan yang termampu dan terbaik andai kata dua subjek ni awak mampu mengajar. 

Begitu juga dengan usrah. Penggerak dakwah kurang, jadi ada sesentengah akhwat yang terpaksa bawak dua usrah. Ya, akulah akhwat terpilih tersebut. Perlu menyantuni hati hati manusia yang inginkan makanan rohani. Perlu bina ukhuwwah from scratch andai kata adik adik yang ingin dibina iman itu perlu ditegur kearah kebaikan. Sebenarnya, bahan usrah yang aku baru cover baru ni untuk adik adik ialah peringatan pada diri aku. Surah Al-Baqarah ayat 208-209. Dalam tafsir tersebut, Syed Qutb kata orang yang memahami hakikat kehidupan dan matlamat kehidupan ini, tidak akan pernah gundah gulana, atau putus asa, malah hatinya penuh dengan kedamaian. Al akh tersebut akan sentiasa ingin beribadat dan berbakti dengan Allah dengan ilmu dan pendapatannya. Maka setiap perkara yang dibuat dia pasti akan menjaga kesucian dan sentiasa memperbaiki amalannya. Kerana para daie tidak akan mengharapkan imbalan di dunia, dia menyerahkan segala upah dan ganjarannya untuk disempurnakan oleh Allah. Walau masa, tenaga dan duit dikorbankan, hati ini sentiasa meyakini bahawa ada sesuatu yang baik Allah akan ganjarkan. Nikmat perasaan yakin dan percaya ni hanya akan dirasai oleh orang orang yang sedar akan matlamat kehidupan dan iman yang subur dalam hati. 

Jadi Wan Syafiqa, kalau semakin banyak program & meeting yang perlu hadir, walaupun ia menuntut masa, jangan takut untuk pergi kerana yakinlah itu juga antara usaha-usaha dakwah. Bersyukurlah selagi Allah meletakkan awak dalam jalan ini. Bersyukurlah kerana kesibukan ni adalah satu nikmat. Why? Dia menjauhkan awak dari perkara-perkara yang tak berfaedah. It leads you into someone who is an asset for the ummah :] 

Belum lagi cerita pasal projek master dan paper-paper yang harus dibaca. hehehehe. 
Semoga Allah sentiasa beri keberkatan masa, menerima amal-amalku, serta dikurniakan hati yang sentiasa ikhlas dan jujur bekerja keranaNya.

Kembalilah kepada Allah dalam keadaan lunyai.
Lalu, kamu sebenarnya hidup sebagai apa?

No comments: