Pages

Sunday, April 30, 2017

Amazing Lombok!

Hai

Wan Syafiqa ni orangnya selalu unpredictable. So yeahh, sudden decision 2 minggu sebelum, beli tiket flight pergi Lombok! Nak kabo kat supervisor lepas beli tiket pun terketar-ketar takut cuti tak lulus leuls. Sebab tiket airasia tengah murah dan stress level tengah meninggi, keputusan tersebut telah dipersetujui oleh Abah dan Kak Yang yang turut serta dalam venture aku ke indonesia. At least ada orang back up, kalau duit tak cukup hehehe.

Actually aku dah lama nak pergi Indonesia ni. Teringin nak pergi Mount Bromo sebenarnya. Aku susun route dah cantik dah, turun kat surabaya-mount bromo-bali naik ferry. Tapi dangg tiket pergi surabaya mahal, rosak plan. Sape suruh tetiba sangat kan plan escapism dari dunia realiti haha. Brapa kali tah tengok tiket ni, akhirnya aku stumble upon Lombok yang harga tiket mampu milik la untuk seorang yang bergelar 'student tapi nak jalan' kind of person.

Check dengan naqibah takde program, dah isti'zan, supervisor pun dah lepas...so terus aku baca dan baca, pasal lombok dan baru susun itinerary. Aku ada perasaan yang pergi indonesia ni kena ada supir haha. Tak boleh nak jalan sendiri sendiri macam kat Aussie dengan Jepun. At last, kteorang decide untuk cari supir sahaja exclude segala fees, makan & hotel. Sehari ada la dalam Rm100+, IDR45000 kot. (include bbm which is minyak). Dan akhirnya kteorang dapat supir yang sangat baik dan best, pak henro ke herno ke nama dia. Sampai dah balik lombok pun aku masih confuse dengan nama dia hahaha. Okay, aku admit aku memang susah ingat nama orang. Tapi lepas tu tak berani nak tanya lagi sebab to be frank I asked him several times before tapi at one time lupa dan confuse balik.

Sampai-sampai je, supir bawak pergi makan. Ayam taliwang kot nama dia. Aduhh ku jatuh cinta rasa pertama dengan makanan dia!

Minum bersama jus alpukat @ avocado.
Lepastu 4 hari 3 malam aku asyik nak minum jus tu je haha

1st stop kteorang kat kampung tenun, sukarara.

Wan Syafiqa kan suka cuba benda baru. 
Abah & kak yang hanya selfie

Boleh try juga pakai pakaian tradisional dia. 
Free of charge. Abah taknak pakai sebab abah kata abah hangat haha

Soon after that, bermulalah episode amazing lombok secara berdush-dush.
Lombok seriously cantik sangat!

Stop 2 : Pantai Selong Belanak

Cantik macam beaches kat Aussie!
Lombok boleh nampak bukit-bukit lagi mcm ni.
Aussie nampak laut yang infinity haha.

Thought it's Maldives!
Sebab panas sangat, weols berteduh
dan minum air kelapa. Not planning to surf.

Notes: Pantai ni famous untuk surfing, kalau ada yang berminat boleh surf. Nasihatku yang ikhlas, sila bawak dan pakai sunblock tebal tebal sikit. Panas ya Allah. 

Stop 3: Masjid National Lombok. 

Okay masjid ni lawa sangat. Tour guide masjid ni pun best & friendly. Okay dah tak ingat apa nama dia tapi kteorang dikhabarkan yang masjid kat lombok ni banyak gila. Setiap kampung dia ada masjid. Pengajian pun setiap malam. Berbeza dengan bali yang serupa juga pulau macam lombok, tapi populasi dia hindu. Abah dah sampai bali like 2 years ago kot, so abah kata dia tak suka Bali sebab asyik tengok kuil ajer dan susah nak cari makanan halal haha. Testimoni orang lain pergi bali semua gembira je, tapi kalau tanya abah dia punya la kata tak seronok lol. 

Atas menara masjid yang boleh nampak almost satu lombok. 
Paling aku berkenan nampak gunung ganang belakang tu. hehe


Entrance masjid. 

Policy abah kalau pegi tempat orang ni, dia nak pergi masjid tempat tu. So aku rasa sebab tu dia tak berkenan kot kat bali banyak sangat kuil agaknya.

Semua gambar gambar ni banyak tour guide tu yang amik kan. So tetiba ada personal photographer pulak. haha

DAY 2 IS ANOTHER ADVENTURE!

Okay basically, hari kedua ni hari snorkelling Wan Syafiqa. Kami ke gili trawangan. (Gili maksudnya pulau). Aku bercita cita nk buat island hoping sebab area tu ada 3 pulau kecik lagi in which pulau2 lain lagi best for snorkelling. Tapi sebab sewa boat mahal gak. 1juta IDR. Ada la dalam RM300+. Kalau island hoping Rm400+. Actually kalau korang ramai aku rasa okay je boleh bahagi2. Tapi sebab pergi bertiga je, so nampak mahal sebab abah & kak yang kena tanggung aku yang unemployed ni lol. Tapi sebenarnya yang bukan main nak snorkelling bagai ialah orang yang paling ada share paling kurang dalam trip tu hehe. Aku rasa aku je eksited nak snorkelling ni sebab abah memang taknak masuk air. Pening katanya. Kak yang okay, tapi sebab dia tak pernah snorkelling & tak confident sangat dengan air dia jadi taknak pergi dalam sikit. so dia kejap je dalam laut.

Sebab baru lepas balik mukhayyam, dan dah buat water confident sebelum ni. Laju je kita terjun dalam laut tu :') Ikan dia lawa bebenorrr. Anyway aku puas la snorkelling tu. Bukan main lama dalam laut haha.

Soon after that, kteorang pergi another side of gili trawangan. 3km ride with bike! Aku tak igt berapa sewa, tapi  murah la. tak sampai RM5 kot satu basikal. Kalau taknak basikal, there's always option untuk kereta kuda. Tapi sebab aku rasa duit dah melayang naik boat, aku suggest naik basikal je.

So korang pernah tengok tak orang amik gambar atas buaian dalam air yang cantik gila tu. Tambah sunset pulak lawa bebenor la. So we wanted to produce the same exact picture.....

Okay, basically this photo is epic-ly failed!
hahahahahhaha

Masa aku tengah digelakkan oleh kak yang yang kata gambar aku kat buaian tu macam lembaga hitam yang sedang membuat percubaan naik ke atas buaian dan sering kali gagal, datang la photographer yang buat percubaan yang sama. Dia datang dalam keadaan senyap, dan aku pergi laju laju pun dalam keadaan senyap. Tetiba aku jadi pemalu. 

Jangan aku jumpa gambar aku kat page Lombok sudah!

Okay yang tu nama dia Pak Usman! Sebab nama dia ni senang tu yang aku ingat haha

Balik hotel malam tu, aku dah rasa kaki kurus sikit.
Serius.

DAY 3 IS BE.AU.TI.FUL 

The next day was island hoping sungguh. Kteorang ke area timur lombok. Tempat yang ada pantai pink tu. Bayar boat lagi. Serupa harga macam the day before. Aku tak tahu boleh snorkelling sekali sobsss. Kalau tak dah bawak baju lebih. Sebab kali ni snorkelling inclusive. Tak macam gili trawangan yang kena bayar IDR 1K for snorkelling, around RM30+. To be honest, aku rasa lagi best snorkelling kat sini!

Do you know that not every star belongs to the sky?

Banyak gila starfish dia weh tak tipuuu

I'm not kidding I tell you.

Ini tempat yang aku rasa unik. Dalam tengah-tengah laut tu ada satu pulau yang kita boleh berhenti tengah-tengah dia dan banyak gila tapak sulaiman yang terdampar. MashaAllah amazing. 

So we decided to wait for the sunset here. Worth the wait. 
It was beautiful :')

Batu payung! Kena transfer dari boat. 

Maka nikmat tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

Malam tu aku request nak makan bakso. The best bakso I ever tasted. Okay tak payah la aku letak gambar bakso semua orang kenal bakso kan, hehe

DAY 4 : GOODBYE LOMBOK

Last day dah tak masuk pulau dah. Hanya enjoy pemandangan dan ke sasak village. Kampung sasak ni kampung tradisional suku sasak di Lombok. That was unique. Amaze aku tgk rumah dorang.

Last day ni nampak beno abah dah gelap! hahaha
Kteorang dah pesan pakai sunblock dia taknak. 
Yang pakai sunblock pun burn apatah lagi yang tak pakai pape. haha

Here is Kuta Beach! Unik sikit tak macam pantai yang lain.


Sebab gambar haritu terribly fail haha, 
berjaya dah amik gambar comel atas buai

Lepastu kteorang terus ke airport. Sebelum tu sempat bungkus ayam taliwang bawak naik flight makan bila sampai malaysia. hahaha. Ya ampun tak pernah dibuat orang. 

Lombok is just amazing with its culture and scenery. Not forgetting the food! I was literally happy with this vacation. Though it is a short vacation for me, I enjoyed it. A lot. Most probably sebab, makanan sedap, perut tak pernah tak kenyang masa kat lombok. I am a foodie so I dont mind spending on food. Makanan murah murah so aku beli pun cam tak kisah sangat. A comfortable vacation yang cukup serba serbi! Walaupun lombok bagi aku sunburn bila balik Malaysia, it makes me happy though. Sebab fernweh dah hilang, and stress level dah turun huahua. Well, aku nak repeat lombok lagi for another adventurous trip: Mount Rinjani Tracking pula :') 

Next week dah start naik bukit Pelindung kat Pahang. Let's see fit ke tak kita ni. hehe. 

So Lombok, see you again!

Tuesday, April 11, 2017

He


When I was 16 teen, I met someone whom I thought I'd end up with when I turned 24. 

He left, but I still know who he is. 

Monday, April 3, 2017

Roses die-hard fans

Hai

Siapa kat sini yang suka bunga?

Okeyh. Akulah manusia tersebut. Hehehehe

Generally, aku sebenarnya suka benda-benda wangi. Semua benda aku nak wangi. Dari hand cream, body cream, lotion, perfume, talcum powder. Semua kena wangi okay. Tak cukup dengan tu, kalau kat bilik aku tambah lagi pewangi bilik, dalam alamari sachet potpourri. Baru ada ala-ala aromatheraphy gitu hehe. Kalau ada lilin yang wangi dan murah kat Malaysia mesti aku dah lama beli. Dulu masa kat adelaide a few times juga la melabur lilin aromatherapy sebab murah dalam $2-$3 je. Dan disebabkan bunga masuk dalam kategori wangi dan cantik, I've fallen in love with flowers at the first sight. Benda ni makin menjadi-jadi bila aku study abroad. 

Orang kata typical girl ni sebab suka bunga huhu. Tapi sebenarnya kalau dalam kalangan kawan-kawan aku, aku ialah kaum minoriti yang sukakan bunga. Rata-rata kawan-kawan aku kalau buat survey dorang mesti prefer chocolate dari bunga. Pernah tengok tak bouquet of chocolate/ayam goreng yang viral kat facebook tu? Mannn, bouquet is made for flowers laaa hehe. Macam mana pun aku prefer bunga jugak.

Aku seorang yang tak sabar-sabar nak tunggu spring tiba masa kat Adelaide dulu. Belakang rumah aku dulu landlord ada tanam banyak buah. Tapi bunga ni dia jarang sikit dia tanam. Ada la dalam sebulan macam tu, mesti akan ada rose merah berbunga belakang rumah dekat dengan tangki air. Lawa ngatt. Dia akan berbunga kat celah-celah papan yang landlord bubuh. Rupanya landlord memang purposely bubuh papan kat situ untuk bunga tu. Sebulan camtu je kot bunga tu hidup, bulan bulan lain papan tu terdampar je tanpa tahu apa fungsi dia lol

Bunga pertama aku ialah bunga masa graduation. Family aku beli dekat Rundle Mall. They chose Roses! My faveee flower. Masa dapat bunga tu aku eksited kemain. haha.

Cantik kan? Terima kasih sebab beli bunga fave ittew

Lepastu aku dah tak pernah pernah dapat lagi dah. Ahahaha

Masa aku final year dekat Aussie, beriya aku nak jejakkan kaki kat ladang festival Floriade. Festival tu is a big festival untuk ladang tulip kat Canberra. Aku ingat lagi masa tu raya haji. Gigih aku drive mpv bawak adik2 ke Canberra untuk 3 jam. Balik hari pulak tu hehe. Aku memang diehard fans of these two flowers. Roses dengan Tulips. Jadi takkan ku lepaskan peluang nak pegi ladang tu. You know you find serenity and the sense of calmness bila spend kat ladang bunga. 

Boleh nampak kan ada lautan bunga kat belakang? Masa ni 
aku happy sangat. Rasa macam nak lompat lompat sebab eksited sangat 
tengok bunga. hoyeahh. Floriade festival, checkked. 
Oh yellow tulips is my fave btw. 

Masa ni raya haji, aku pergi rushing rushing amik kereta kat city lepas solat raya. Jadi aku tak sempat nak tukar baju, Adik2 ni sempat balik rumah dan hanya menunggu kedatangan gua. 

Spring 2015. Masa ni dah panas dah. Aku date dengan kak mas je berdua.
Pergi Lavender farm yang 2 hours drive dari Adelaide. Masa kteorang sampai tu, 
owner farm tak bagi masuk dalam farm lelebih sebab dorang jumpa python yang berbisa 
kebun tu. 

Pastukannn, baru baru ni aku susun balik barang penjagaan kulit aku. Aku beli sikit sikit. Ada juga yang dari tahun lepas pakai tak habis habis. haha. Kalau ada duit lebih dan berkenan dengan sesuatu barang tu aku beli la. Aku sangat spontaneous yang eventually aku tak perasan pun interest aku terhadap sesuatu produk tu rupanya ada mutual values. 

Roses products!

Baru aku perasan, unconsciously banyak segala lotion perfume aku ni roses oriented. 

Sebelum ni aku guna talcum yardly, English Rose. Baru ni je yang rasa nak tukar angin skit beli Red rose. Yang botol soft pink tu fave talcum beli kat Adelaide, kat Discount Chemist harga dia $3 something. Jenama Grace Cole : White Rose & lotus flower. Wangi sangat sangat. Bau dia soft sopan sopan je. Kalau yardly ni dia strong sikit. Tambah Red Roses dia. Lagi strong. 

Sweet cranberry rose tu aku beli dekat Bath & Body Works. Beli sekali dengan Hafsah & Safy. That is the sense of our friendship gituu. Bau dia wangiii sangat & sweet! kalau apply lepas mandi, lepastu pakai baju & keluar bilik, bau dia mmg melekat dekat baju & bilik tu sendiri. Tahan 16 jam. I feel like a winner because the price dropped from RM65 to RM25. hehe

White Musk : Smokey Rose. Beli kat body shop. Junior tolong belikan kat Adelaide because the price diff macam ketara gila. Sengkek weh beli kat sini. Masa ni elaun baru masuk. So self award dengan perfume sebab aku dok teringat je kat dia dari 1st day bau. Addictive!

Please ignore the innesfree charcoal mask kat sebelah tu. It just happened to be there. Safy gave me as a gift she bought it from Korea. Thank you dear!

Perfume bilik punnn. haha. Ni nama dia Princess Rose. 
Aku beli kat Daiso, harga Rm5++
Best bau dia, berkesan la dalam bilik aku yang sekangkang kera ni

Obesesi aku terhadap bunga telah mencetuskan beberapa impian dan juga angan-angan haha. 

Ada 18 Best Flower fields yang bila tengok rasa nak nangis sebab cantek sangat T.T


Jemput tengok, supaya korang yang suka bunga pun boleh mula berangan macam aku.
Hahaha.

Doakan kita dapat sama sama pegi, okay? 

Thursday, March 30, 2017

Weird me

Assalamualaikum peeps.

Now holiday is over. Get back to my normal days and headache lol.

I don't know why but I have such a lazy ass this week! Having my time alone is quite addictive and at the same time it keeps my energy drained. I love to see people, but going out is not really my 1st option though because it is always hot out there. Omaigad, I sound so sassy here -__-

Perhaps, if I am living with roomates at least, I would not feel this lost I guess. I need to recharge this energy, by meeting people and going to the lab.

I should have been doing this last 3 days. I mean working in the lab. Kata nak grad on time -..- Well, I did actually. Transferring my DNA samples looking for dry ice and sending it back to the 1st Base. Soon after that, I received a shocking news that makcik cleaner kena rasuk kat lab.

Whaaattt $#%^#^#

It was early in the morning when she saw a figure with red eyes wandering around the lab that I am working in. Okay, I admit it that my lab surrounding is quite gloomy with lots of unseen corners. It is somehow quite logical if those figure could appear out of nowhere. Normally I am not affected with this kind of story. I have this heart which does not care of anything. Weirdly, I feel the other way around this time. Padahal dengar cerita pun tak complete. Entah kenapa jiwa ni memberontak takut nak pergi lab kenapa pulak ni heeeii -___- Goosebumps, please go away. Man, you've been living in a 10 stories empty mahallah before for a few months and the only level who had people living in it was just my level and only 3 rooms were occupied that time. Dulu tak rasa pape, ni dah dah kenapa gelabah pelik pelik pulak ni lahaii. I hate myself now :/

I have no reasons to get headache.

But I just had, thinking too much and isolating myself in my room. It is not normal for a person like me. Obviously...

Paksa diri untuk pergi lab jom!

.


.


T.T

Thursday, March 23, 2017

Treating myself

Hi peeps.

Actually I am home again! hehehe.

Kuala Kangsar always feels at home. No matter how far I'd go, how I told people Japan is my absolute destination, and how I am fond of travelling,  nothing can beat the place where I belong too. I will always know I would come back to this place :')

Anyway, I've been working so hard for the past few weeks too. and to be honest I feel exhausted quite a few times. My sister from Sabah finally got a week break from hospital, so after a consultation with my supervisor and my naqibah too, eventually I got a week getaway from my hectic schedule which I am so happy and grateful of. There you go a family gathering featuring my sisters and Abah. Too bad my niece, Kak Opa and family did not tag along. It must be a complete and fun family gathering I reckon!

We decided to gather at my sister's house at first. Exploring dungun before we sent off adik at the bus station back at utm (she did not have any holidays so it was just a sweet escape weekend for her). From the day adik got in Kuantan until I reached Kuala Kangsar (got back today), I had my stomach filled most of the times. Chilling times for my family are enjoying the scenery while eating haha. Since mom left, we hadn't have a proper meal like we used to have. We used to request lot of foods from my mom everytime balik kampung. But now, everytime we get back together, everyone was trying to satisfy Abah's need. Asking abah what he wanted to eat is like a normal routine now. So every time it's a gathering time for the family, we always have our food planned rather than the places we wanted to cover lol.

Later on, after sending my sister off, the next day we went to Kuala Terengganu. As my sister's flight back to Sabah is at Kuala Terengganu we decided to explore a lil bit of KT best places to go. Australia taught me of appreciating beaches the most, so when I got back here I tend to acknowledge the beaches we got here. Despite the hotness I must say I've got sunburn too haha but it's okay they said tanned is hotter hahaha, Terengganu has beautiful beaches after Sabah :)

I took my happy pills :)

So I sent my sister off and got back to Dungun. Well it was just more to spending time with my nephew Abang long Fateh, and Kak Ngah too. The next day is also a day treat for me. My pampering day. I went to saloon and had my hair treatment, then I went to the spa nearby, had my skin treatment too. Hilang semua stress, penat lelah bagai tuu. haha. Puas hati kita. If a single girl like me who got no commitment and get so stressful with her life, I wonder how it goes to other people who are doing masters/phd, owning a family, being a wife, have children, not forgetting tarbiyyah manage their life. They must be working under pressure way heavier than me. So please men, it is essential to treat your woman with this. I know they will like it very much because I believe they just need a short break and her short own time to top up back their drained energy.

Tapi sebenarnya kalau Wan Syafiqa ni,

A bouquet of flowers and a box of sushi, is enough to make her day.

She will consider you, a husband materials already.
Aha!

Jap.
Tambah satu lagi trait, lelaki soleh.

Sunday, March 12, 2017

Outstation Bersama Boss

Assalamualaikum wbt

Aku selalu fikir yang aku susah nak bekerja dengan makhluk yang bernama lelaki. huhu. Mungkin kerana aku rasa mereka susah nak difahami. Atau faktor yang dulunya aku bersekolah di sekolah all-girls-school for nearly 10 years. Tak cukup dengan tu, aku dibesarkan dengan adik beradik perempuan sahaja. Dalam adik beradik aku, along sulung dan disusuli dengan 4 orang lagi adik perempuan bawah dia. Masa kecik-kecik dulu, along dah masuk asrama sejak dari form 1, makin kurang la masa nak spend dengan dia. Gap umur pun jauh, more or less we haven't done so much things together pun. So hidup aku memang dikelilingi dengan semangat keperempuanan. Nasib baik tak jadi feminist yang radikal tu, lol. Anyway, up until now I still think one gender school is the best. Nak jugak, tak kira.

Okay lah, baru ni aku kena pergi satu majlis ni yang menghimpunkan pimpinan universiti. Jadi ber-outstation la kami sebagai wakil uia. Boss aku ni seorang pelajar medic uia which aku memang respect la sebab walau busy mcm mana pun dia, meeting tetap datang. Respon dalam whatsapp pun dia, semua lah senang cerita. Kalau bercakap tentang seorang figure ikhwah, dia la yang paling dominan bagi aku, mungkin sebab dia presiden obviously dan dia je yang aku banyak communicate pun haha! Kalau macam kat adelaide dulu, nampak sorang sorang pattern ikhwah ni macam mana, tapi kat uia ni aku macam tak boleh baca sebernya personaliti sorang-sorang ni. Ni juga antara faktor yang menyebabkan aku kurang husnozon dengan mereka. Ya tahu, tak baik huhu.

Disebabkan boss aku ni budak medic, aku rasa serba salah nk push2 boss aku ni walau kadang aku rasa aku jadi bossy sangat nagging tak sudah dalam group tu mengarah sana sini. Argh, I hate myself sometimes :/ Aku risau jee kalau aku kacau dia buat banyak benda. Kadang tu ada la masa yang penat tunggu dia reply, pastu aku ada thoughts yang 'ikhwah mmg semua cani kaan'. hahaha. Emo pulak tetiba, yerla aku buat kerja kalau boleh nak settle cepat. Nak dijadikan cerita, aku ternampak boss aku ni dok selak-selak nota dia sementara tunggu next slot. Selama ni memang aku ada thoughts yang mungkin dia busy etc, tapi part of it aku still in denial state yang macam "simple je kot, nk suruh reply je" kind of thing. Sekarang baru aku rasa kesiannya dia, bermujahadah antara study dan dakwah. Cuba sebaik mungkin nak balance kan dua benda tu. Entah kenapa time tu barulah hilang part in denial state tu. Terus aku berdoa supaya dia dapat jadi doktor yang berjaya soon.

So antara slot dalam majlis tu ialah pasal ujian personaliti. The idea is you have to know each and everyone of your team untuk kita senang handle anak buah atau pimpinan2 yang lain. Dan boss aku memang a total opposite dengan aku. aaaaaaa

Aku ialah seorang sanguine. The popular one (Buku kata)
Aku memang extrovert, suka jumpa orang, friendly, playful, cheerful, creative, adventurous, and very bright. My weakness is I am disorganised, forgetful, I have too much ideas but couldnt get it organised, it is always scattered around. Generally popular sanguine ni dorang kata kuat sembang je tapi kerja tak jalan. Ish. I do not know about other sanguine, but this sanguine walk the talk okay. hehe

Boss aku pulak ialah type perfect melancholic. Okay, dia rupanya perfectionist.
Introvert dan suka menyediri based on general idea tu la. Tapi soon after tu nampaknya terjawab juga persoalan aku apabila dia bangun untuk defend para melancholic ni. Buat aku terfikir lepastu, is this a confession, mate? Katanya, kerja jadi lambat & suka buat sendiri2 ialah sbb kurang percaya orang dan takut kerja tu tak capai expectation. Okay, aku ialah manusia yang sangat percayakan orang dan meraikan every single ideas anak anak buah aku, sebab for me itulah cara yang terbaik untuk perkembangan skill seseorang. Takde jawapan yang salah, yang ada cuma penambah baikkan. Tapi boss aku pula agak complex. lol.

Apa-apa pun, selepas majlis ni, aku dah makin berhusnuzon dengan dia dan semakin faham pattern dia. Aku harap, dia masih percayakan aku & tak terpengaruh dengan mitos sanguine tersebut.

Adios!

Wednesday, March 8, 2017

Lalu, kamu hidup sebagai apa?

Assalamualaikum

Semester ni nampaknya lebih dahsyat dari biasa. Dah mula kurang masa untuk diri sendiri huhu. Tahun lepas sebenarnya sesi pemanasan badan je rupanya. Bila dah mula benar benar jadi seorang pelajar master dan perlu assist 2 orang pelajar fyp, Wan Syafiqa nampknya dah lebih matang dah. Walaupun 2 orang pelajar tu sebenarnya tua lagi dari aku hehe. 

Masa nak update blog pun ni curi curi sisa-sisa masa yang terluang. 

Kata Hassan Al-Banna, tanggungjawab ni memang banyak dari masa yang kita ada. Literally, I have so much things to do. Tahun ni diberi taklifan dan kepercayaan untuk menjadi ketua beliawanis uia kuantan. Kadang-kadang rasa macam tak layak pun nak pegang title tu, sebab orginally I am not a student from uia, jadi diri sendiri pun masih terkapai-kapai nak faham sistem dan budaya uia ni macam mana. Meeting setiap biro, haruslah kena hadir. Pembina sendiri ada 5 biro, dan disebabkan itu aku hanya mampu berhuhuhu aje. lol. Ya, Wan Syafiqa kena banyak belajar. 

Masa kat Adelaide dulu, ada sebahagian tandas yang diconteng oleh budak budak uni. Sejujurnya aku sendiri pun tak faham kenapa dorang bertindak sedemikian, padahal dalam toilet kalau dah selesai business keluar la kan. Ni ada la pulak masa nak luang masa lelama dalam tu haha. Tapi tapi, kadang tu aku terhibur jugak baca sementara dalam toilet tu hehe. Cumanya aku pernah terkesan dengan satu ayat ni 

"time is like drugs, if you have more than you need, it will kill you". 

It's so true though, sampaikan aku pernah up benda ni dalam taujihat aku masa meeting kot haha. Betul, jadi banyak la benda yang aku buat untuk isi masa lapang, cari ilmu & belajar benda baru etc. Berbekalkan semangat tu, aku bercadang untuk enrol kelas Bahasa Jepun. Nak amik semangat Al-Fateh yang mampu berbahasa 8 bahasa! Niatnya, selepas master ni aku nak tinggal beberapa lama pula la ke Jepun. Kerja kat sana dan kumpul pengalaman. Aku dah buat research dah pasal agent nak mengajar English etc. Semangat kan, so sepanjang aku nak habiskan master ni aku plan nk belajar extra, nanti senang la habis master at least basic bahasa jepun tu ada. Tapi lain pula jadinya bila aku ke pejabat uia, niat nk enrol kelas, akhirnya aku kena mengajar English pula disebabkan aku dapat request daripada officer dia. Aku setuju sebab plan aku untuk ke Jepun dan ajar English, tapi konon-kononnya disebabkan aku cemerlang Bahasa Sepanyol dulu masa kat uni, uia nk bukak kelas Spanish hahahaha. And yes, I am an English and la profesor en clase de Espanol now. kahkah. Uia memang cari tutor dan kekurangan tutor, so yes Wan Syafiqa kena belajar lagi. Kena revise banyak Bahasa Spanish. Gaji tak banyak, tapi cukup kot nak tampung yuran hostel kat uia ni sementara menunggu scholarship. Semoga hati ini sentiasa ikhlas, dan mengajar untuk sampaikan ilmu. Sebab tu lah antara deeds yang akan stand by us kt akhirat nanti. Tulis semula benda ni nak pesan kat diri sendiri untuk tak banyak blabbing, walaupun tak percaya mula2 dan rasa kurang confident nk menagajar bahasa ni, Allah dah jawab dah doa awak, sebab awak mintak supaya Allah berikan yang termampu dan terbaik andai kata dua subjek ni awak mampu mengajar. 

Begitu juga dengan usrah. Penggerak dakwah kurang, jadi ada sesentengah akhwat yang terpaksa bawak dua usrah. Ya, akulah akhwat terpilih tersebut. Perlu menyantuni hati hati manusia yang inginkan makanan rohani. Perlu bina ukhuwwah from scratch andai kata adik adik yang ingin dibina iman itu perlu ditegur kearah kebaikan. Sebenarnya, bahan usrah yang aku baru cover baru ni untuk adik adik ialah peringatan pada diri aku. Surah Al-Baqarah ayat 208-209. Dalam tafsir tersebut, Syed Qutb kata orang yang memahami hakikat kehidupan dan matlamat kehidupan ini, tidak akan pernah gundah gulana, atau putus asa, malah hatinya penuh dengan kedamaian. Al akh tersebut akan sentiasa ingin beribadat dan berbakti dengan Allah dengan ilmu dan pendapatannya. Maka setiap perkara yang dibuat dia pasti akan menjaga kesucian dan sentiasa memperbaiki amalannya. Kerana para daie tidak akan mengharapkan imbalan di dunia, dia menyerahkan segala upah dan ganjarannya untuk disempurnakan oleh Allah. Walau masa, tenaga dan duit dikorbankan, hati ini sentiasa meyakini bahawa ada sesuatu yang baik Allah akan ganjarkan. Nikmat perasaan yakin dan percaya ni hanya akan dirasai oleh orang orang yang sedar akan matlamat kehidupan dan iman yang subur dalam hati. 

Jadi Wan Syafiqa, kalau semakin banyak program & meeting yang perlu hadir, walaupun ia menuntut masa, jangan takut untuk pergi kerana yakinlah itu juga antara usaha-usaha dakwah. Bersyukurlah selagi Allah meletakkan awak dalam jalan ini. Bersyukurlah kerana kesibukan ni adalah satu nikmat. Why? Dia menjauhkan awak dari perkara-perkara yang tak berfaedah. It leads you into someone who is an asset for the ummah :] 

Belum lagi cerita pasal projek master dan paper-paper yang harus dibaca. hehehehe. 
Semoga Allah sentiasa beri keberkatan masa, menerima amal-amalku, serta dikurniakan hati yang sentiasa ikhlas dan jujur bekerja keranaNya.

Kembalilah kepada Allah dalam keadaan lunyai.
Lalu, kamu sebenarnya hidup sebagai apa?