Pages

Thursday, June 9, 2016

Reflection

2 3 hari sebelum Ramadhan penuh juga la newsfeed dengan post budak budak yang tak balik kampung lagi meratapi tak balik kampung kena berbuka dengan kawan kawan yang kat kolej sebab Ramadhan jatuh pada hari dorang periksa. Kesiannya. Hihi.

Belum tengok yang kat oversea tu lagi. Sayu lagi weh.  Nasib baik aku dah practise 3 tahun dulu siap siap, sado dah la sikit hati ni sebab pi berbuka puasa kat mesjid Ramadhan pertama,  makanan dah licin kau. Kemain eksited sebab dapat puasa Ramadhan pertama kat sini. Sekali habis. Ter-syahdu pula malam tu, tapi tetap bersyukur sebab kat Malaysia je yang boleh rileks lalalala sampai tengah malam pun boleh dapat makanan lagi.

Anyway, Sekarang dah Ramadhan kelima. Cepat je masa berlalu kan? :')

Dan pada Ramadhan yang kedua, aku terima lagi satu berita kematian cikgu Kimia sekolah sains dulu. Serius, aku sangat terkedu dengan berita tu. Cikgu aku ni sangat muda, baru umur 31 tahun. Dia baru je berkahwin 3 ke 4 tahun lepas, dan sekarang ada anak kecil. Umur dalam 2 tahun kot, memang comel gila lah anak dia. Pernah la jugak dok stalk cikgu aku tu sebab nak tengok anak dia je. huhu. Aku lega sikit bila dapat tahu yang wife dia cikgu jugak. Kalau kes kes macam ni dan wife tak kerja, benda tu buat aku lagi sayu kot. Hilang mata pencarian ingat senang ke nak cope? T.T Emotionally unstable lagi. Ya, aku pun pernah merasai kehilangan.

Cikgu aku ni berbadan agak besar, dan dikhabarkan yang dia ada diabetes. Kalau orang nak diagnose dia melalui size badan mesti akan agak sudden cardiac death ke, or heart attack. Tapi rupanya dia meninggal dunia sebab ada jangkitan kuman kat otak. Sebelum tu dia memang dah demam lama dah, dan katanya ada bisul kat kepala. Tak lama lepas boleh discharge dari hospital, dia dijemput untuk menemui pencipta.

Nampak tak ajal tu perkara yang pasti? Ajal tu tak mengira umur? Dan ajal tu rahsia Allah? Kita mungkin fikir yang kalau kita ada penyakit penyakit tertentu kita pasti akan meninggal disebabkan penyakit ni. Tapi hakikatnya Allah lebih mengetahui, sebab tu Allah suruh kita sentiasa usaha. Ikhtiar selagi boleh dan tawakal/kebergantungan kita kat Allah tu melebihi segalanya.

Pernah dengar tak hadis tentang husnuzon kita kat Allah?

Dari Bukhari, Muslim, Tirmidhi dan Ibn Majah, diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: “Allah s.w.t berfirman: Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hambaKu terhadapKu. Aku bersamanya ketika dia mengingatiKu. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diriKu. Apabila dia mengingatiKu di majlis, nescaya Aku juga akan mengingatinya di dalam suatu majlis yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekatiKu dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekatiKu sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepadaKu dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya seperti berlari-lari kecil.”

Setiap kali aku baca hadis ni, mesti hati aku jadi hati tisu. Entah kenapa rasa macam Allah sayang sangat kat kita. Kau bayang la, kita dekatkan diri kita sikit je, Allah dah berlari lari kat kita. Tinggi lagi kita berharap kat dia, lagi tinggi dan lagi suka dia nak dengar ritihan dan doa kita tu. Hei, apasal sweet sangat ni? T.T

Hadis ni berbicara tentang apa yang kita sangka dengan Allah. Jadi macam mana keyakinan dan percaya kita dengan takdir, nikmat dan rezeki yg bakal kita terima, begitulah yang kita dapat. Macam mana pula nak dapat keyakinan yang mantap ni? Mestilah dengan iman yang kuat! 

Okay, pernah tak rasa tetiba kita macam persoalkan, "betul ke ni Allah nak bagi?Ye ke?" Hilang dah yakin kat situ. 
Haaa. Cuba tengok balik sejauh mana kita mengingati Dia? 

Orang yang beriman ni semakin tinggi harapan dia, semakin tinggi juga pergantungan dia kat Allah. Jadi, kalau Allah takdirkan sesuatu bukan seperti yang diharapkan, Dia masih boleh mampu tersenyum dan redha dengan ketentuan Allah sebab setiap perkara yang Allah rancang itulah yang terbaik untuk dia. Pasti akan ada hikmah. Setiap apa yang kita minta, mesti Allah timbang-tara kan. kerana Dia maha tahu, dan nakkan yang terbaik untuk hambaNya. Sayangnya Dia kat kitaaa :')

Jadi akhi ukhti, 
ikhwah akhwat, 
saudara saudari..

Ramadhan ni masa yang terbaik untuk kita perbaiki hubungan kita dengan Dia. Wallahi, roh Ramadhan ni bukan main refreshing ya. Ni antara kita dengan nafsu je ni. Istimewanya Ramadhan ni, Allah bagi keberkatan masa. Dan nak buat amal ibadah pun terasa senang je. 

Yang masih berada di tanah suci mekah, saya doakan agar awak dapat mengekalkan momentum ibadah dah meningkatkan cintamu terhadap Illahi. Itu tanah para anbiya', bukan semua orang Allah jemput untuk menjadi tetamu Dia.

Sungguh saya juga rindu untuk kembali ke masjidil haram.
Sekiranya perkara itu berlaku, mungkin saya akan menangis kerinduan mengenangkan kenangan bersama arwah mak. 
Setiap inci saya bersama mak, senyuman mak gembira melihat kaabah, bersama mak ke setiap pejuru tempat mustajab berdoa dan melihat kesungguhan mak berdoa begitu meruntunkan jiwa. 

Allah, kurniakan dia Syurgamu. Tempatkan dia bersama orang-orang beriman. Jauhkan dia dari azab kubur dan azab api neraka. 
Al-Fatihah

No comments: