Pages

Thursday, June 9, 2016

Reflection

2 3 hari sebelum Ramadhan penuh juga la newsfeed dengan post budak budak yang tak balik kampung lagi meratapi tak balik kampung kena berbuka dengan kawan kawan yang kat kolej sebab Ramadhan jatuh pada hari dorang periksa. Kesiannya. Hihi.

Belum tengok yang kat oversea tu lagi. Sayu lagi weh.  Nasib baik aku dah practise 3 tahun dulu siap siap, sado dah la sikit hati ni sebab pi berbuka puasa kat mesjid Ramadhan pertama,  makanan dah licin kau. Kemain eksited sebab dapat puasa Ramadhan pertama kat sini. Sekali habis. Ter-syahdu pula malam tu, tapi tetap bersyukur sebab kat Malaysia je yang boleh rileks lalalala sampai tengah malam pun boleh dapat makanan lagi.

Anyway, Sekarang dah Ramadhan kelima. Cepat je masa berlalu kan? :')

Dan pada Ramadhan yang kedua, aku terima lagi satu berita kematian cikgu Kimia sekolah sains dulu. Serius, aku sangat terkedu dengan berita tu. Cikgu aku ni sangat muda, baru umur 31 tahun. Dia baru je berkahwin 3 ke 4 tahun lepas, dan sekarang ada anak kecil. Umur dalam 2 tahun kot, memang comel gila lah anak dia. Pernah la jugak dok stalk cikgu aku tu sebab nak tengok anak dia je. huhu. Aku lega sikit bila dapat tahu yang wife dia cikgu jugak. Kalau kes kes macam ni dan wife tak kerja, benda tu buat aku lagi sayu kot. Hilang mata pencarian ingat senang ke nak cope? T.T Emotionally unstable lagi. Ya, aku pun pernah merasai kehilangan.

Cikgu aku ni berbadan agak besar, dan dikhabarkan yang dia ada diabetes. Kalau orang nak diagnose dia melalui size badan mesti akan agak sudden cardiac death ke, or heart attack. Tapi rupanya dia meninggal dunia sebab ada jangkitan kuman kat otak. Sebelum tu dia memang dah demam lama dah, dan katanya ada bisul kat kepala. Tak lama lepas boleh discharge dari hospital, dia dijemput untuk menemui pencipta.

Nampak tak ajal tu perkara yang pasti? Ajal tu tak mengira umur? Dan ajal tu rahsia Allah? Kita mungkin fikir yang kalau kita ada penyakit penyakit tertentu kita pasti akan meninggal disebabkan penyakit ni. Tapi hakikatnya Allah lebih mengetahui, sebab tu Allah suruh kita sentiasa usaha. Ikhtiar selagi boleh dan tawakal/kebergantungan kita kat Allah tu melebihi segalanya.

Pernah dengar tak hadis tentang husnuzon kita kat Allah?

Dari Bukhari, Muslim, Tirmidhi dan Ibn Majah, diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: “Allah s.w.t berfirman: Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hambaKu terhadapKu. Aku bersamanya ketika dia mengingatiKu. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diriKu. Apabila dia mengingatiKu di majlis, nescaya Aku juga akan mengingatinya di dalam suatu majlis yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekatiKu dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekatiKu sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepadaKu dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya seperti berlari-lari kecil.”

Setiap kali aku baca hadis ni, mesti hati aku jadi hati tisu. Entah kenapa rasa macam Allah sayang sangat kat kita. Kau bayang la, kita dekatkan diri kita sikit je, Allah dah berlari lari kat kita. Tinggi lagi kita berharap kat dia, lagi tinggi dan lagi suka dia nak dengar ritihan dan doa kita tu. Hei, apasal sweet sangat ni? T.T

Hadis ni berbicara tentang apa yang kita sangka dengan Allah. Jadi macam mana keyakinan dan percaya kita dengan takdir, nikmat dan rezeki yg bakal kita terima, begitulah yang kita dapat. Macam mana pula nak dapat keyakinan yang mantap ni? Mestilah dengan iman yang kuat! 

Okay, pernah tak rasa tetiba kita macam persoalkan, "betul ke ni Allah nak bagi?Ye ke?" Hilang dah yakin kat situ. 
Haaa. Cuba tengok balik sejauh mana kita mengingati Dia? 

Orang yang beriman ni semakin tinggi harapan dia, semakin tinggi juga pergantungan dia kat Allah. Jadi, kalau Allah takdirkan sesuatu bukan seperti yang diharapkan, Dia masih boleh mampu tersenyum dan redha dengan ketentuan Allah sebab setiap perkara yang Allah rancang itulah yang terbaik untuk dia. Pasti akan ada hikmah. Setiap apa yang kita minta, mesti Allah timbang-tara kan. kerana Dia maha tahu, dan nakkan yang terbaik untuk hambaNya. Sayangnya Dia kat kitaaa :')

Jadi akhi ukhti, 
ikhwah akhwat, 
saudara saudari..

Ramadhan ni masa yang terbaik untuk kita perbaiki hubungan kita dengan Dia. Wallahi, roh Ramadhan ni bukan main refreshing ya. Ni antara kita dengan nafsu je ni. Istimewanya Ramadhan ni, Allah bagi keberkatan masa. Dan nak buat amal ibadah pun terasa senang je. 

Yang masih berada di tanah suci mekah, saya doakan agar awak dapat mengekalkan momentum ibadah dah meningkatkan cintamu terhadap Illahi. Itu tanah para anbiya', bukan semua orang Allah jemput untuk menjadi tetamu Dia.

Sungguh saya juga rindu untuk kembali ke masjidil haram.
Sekiranya perkara itu berlaku, mungkin saya akan menangis kerinduan mengenangkan kenangan bersama arwah mak. 
Setiap inci saya bersama mak, senyuman mak gembira melihat kaabah, bersama mak ke setiap pejuru tempat mustajab berdoa dan melihat kesungguhan mak berdoa begitu meruntunkan jiwa. 

Allah, kurniakan dia Syurgamu. Tempatkan dia bersama orang-orang beriman. Jauhkan dia dari azab kubur dan azab api neraka. 
Al-Fatihah

Saturday, June 4, 2016

A Real Man

Assalamualaikum

Buat pembaca diluar sana, ketahuilah apabila kita nakkan sesuatu daripada orang yang dah jarang dan dah lama tak bertegur sapa, moleklah jikalau kita mulakan dengan bertanya khabar, sembang2 dulu tanya buat apa sekarang ke. Cipta suasana yang kita dah selesa dulu, barulah beritahu hajat mu itu.

Baru baru ini aku terima text dari abang saudara aku. Ya, dah lama tak bertegur sapa. Sejak aku masuk asrama masa form 4, lepastu fly oz dan sampai sekarang boleh kira kot berapa kali jumpa. Okaylah aku tak kisah sangat sebab family kan. Aku memula reply lah text dia even dah dekat dekat nk maghrib dah waktu. Dan aku baru ajer balas whatsapp bertanya khabar dia tu. Aku start annoying bila dia dok pm pm kata aku lambat reply. Der...maghrib kot.

Tetiba out of nowhere, dia mintak aku rekemen kawan comel. Aku yang naive ni ingat itu ialah satu metadologi untuk mencipta suasana selesa sebab dah lama kan tak tegur tegur ni. -__- 
Guess that I was wrong, malam tu dia call aku sebab mintak aku carikan orang. Aku tanya, nak kawin ke? Dia hesitate dan cakap nak kawan je dulu dan asyik ulang ulang nak perempuan yang cantik, putih gebu, baik hati etc. Erk, muntah hijau aku.

Sorry to say brother, tapi it gives me bad impression about you. Aku nampak seorang lelaki yang gatal dan miang je ni. 

Dan perkara tersebut buat aku sangat marah dan annoyed. Panas hati gua beb.

Buat kaum Adam di luar sana, 
Ketahuilah tanggungjawab mu sangat besar. Tak boleh lari dari tanggungjawab terhadap keluarga dan ibu bapa. Usah dikejar benda yang belum pasti jika kita ada tanggungjawab yang hakiki. Don't ever think you can mess up with anyone before marriage. Jodoh dan pertemuan itu hadiah Allah, rahsia Dia. Marriage is a big word and it comes with responsibilities. A huge responsibilities. Nabi sendiri dah bagi kita guidelines untuk cari pasangan yang terbaik, tengok keturunan, harta, kecantikan dan agama. Namun perkahwinan yang terbaik ialah perkahwinan yang didasari oleh agama. Tapi ingatlah juga, Allah menyeru kita dalam Quran dalam surah An-Nisa, "lelaki yang baik untuk perempuan yang baik". Jadi macam mana nak dapat pasangan yang baik ni? Kita kena jadi baik dulu lah! Sebab tu kita kena dalami ilmu agama. Question ourself back, dah cukupkan solat 5 waktu kita? Dah terlaksanakah tugas kita sebagai seorang anak? Cukupkan kita dengan ilmu agama kita? Ilmu rumah tangga? Wahai lelaki, saya sangat kagum tengok kesungguhan kamu mencari duit. Ya, rata rata lelaki yang saya jumpa mesti dah siap planning duit ni untuk apa, untuk kawin etc. bagus sangat tapi ketahuilah perkara yang lebih boleh membahagiakan. Ilmu agama brother. Serious talk. Be a man who takes all those responsibilities by all mean! Perkahwinan ini bukan main main. Bukan kawin dapat anak, pastu dah. Tak tahu apa tujuan. Wallahi brother, it is faaar beyond that.

Aku sebenarnya geram dengan lelaki yang nak kawin, tapi takde effort. Paling aku tak boleh terima definisi perkahwinan yang kawin, dapat anak. Dah. Cubalah ada agenda besar sikit untuk keluarga yang kita bina. Ya tuhan, semoga aku dikurniakan zauj yang soleh. 

Saturday, May 28, 2016

Mybrainsc; FAQ

Assalamualaikum semua,

Maaf sangat sangat sebab selalu tak perasan komen korang kat post Mybrainsc. Kak Wan Syafiqa korang ni memang bukan jenis yang bukak blog, tengok komen dulu. Cer blog buat notification sikit, memang laju bak kilat hakak reply soklan korang. hehe

Okay anyways, post ni ialah untuk sponsored students mybrainsc yang sedang memohon, dan dah dapat dan tak tahu nak buat apa pun inshaaAllah berguna untuk korang hendaknya. heee

Disebabkan banyak jugak soalan yang tertinggal tak berjawab, so akak kumpulkan soalan ni dalam satu post. Ampun ya semua. Kalau korang rasa soalan korang tak berjawab dan korang perlukan jawapan asap, kasi je mesej kat fb okay? Jangan add dulu, pehtu tak pm, akak susah nak approve sebab sekarang dah makin berhati hati nk approve orang kt fb. Nak mengekalkan aura positif gituu.

Right, here it goes.

Q: Dah habis belajar, memang jadi tenaga pengajar ke? Kerja makmal ada tak?
A: Habis belajar, akak lapor diri kat KPT dengan cara menghantar borang lapor diri melalui email, dan dia takde pun panggil untuk position tenaga pengajar/kerja makmal. Jadi, akak pun dah selamat sambung master :')

Q: Course biotech/biomed boleh tak apply scholar ni?
A: Masa zaman akak dulu, akak berjaya apply course biomedical sc, dan menamatkan pengajian akk selepas 3 tahun bergelumang dengan course tersebut. Tapi right after my years, I heard they only sponsor for pure sc courses only. Based on my conversation with other students, dorang pun cakap benda yang sama. It's okay, just double check with them okay?

Q: Macam mana nak apply Adelaide uni?
A: Application akak semuanya through education consultant. Education consultant ni selalunya yang uruskan registration and application untuk student overseas. So untuk student yang berminat nak belajar kat Aussie/Nz, boleh jumpa dorang ni. IDP/AUG. Boleh google tengok pejabat dorang yang terdekat dengan rumah korang. Tak silap akak memang akan ada bayaran. Processing fees. Tapi tak pasti berapa dah. So long ago, barely remember. RM300 kot. 

Q: Ujian saringan tanya pasal apa?
A: Ujian saringan masa akak dia uji IQ. haha. We submitted it online. Ada 15 sections. But each section consisted of a few subsections. Right after that baru dapat tahu kita dipanggil untuk iv ke tak.

Q: Masa isi borang dulu apply untuk uni local, kalau isi local boleh tak nak apply uni oversea?
A: I'm not really sure. Logically I think, you can. But we have issues on economy and stuffs kan kat Malaysia, I doubt it myself. huhu. Boleh double check and leave the comments here if anyone knows :)

Q: USM masuk tak dalam list?
A: If I am not mistaken, semua uni kat Malaysia ni are on list. Rasanya dia ada kasi list of universities yang dia sponsor. Okay I can't provide you guys with the link because my internet connection seems to have problem atm. So i just post this one up. Haha. Google je mybrainsc, you'll see link yang ada senarai universities tu :)


Nampak tak?

Q: Tawaran kerja ada yang kata boleh kerja sendiri tapi tak boleh kerja kat luar negara.
A: Hmm, heard about it. But I can't verify it myself coz I don't have the intention to. hehehe. Baik ennn. lol. Again, anyone knows can comment below. huhu. 

I received lots of questions, tapi soalan semua lebih kurang je ayat lain sikit. hehe. Ada soalan yang akak pun tak pasti apa jawapan dia. So if anyone who is currently reading and knows the answer, mohon sertakan komen kat bahagian komen tu. Sharing is caring kan. Let's help each other! If ada soalan dan nk jawapan asap, adik2 boleh pm akak terus, nak email pun boleh. Either way. Akak tolong semampu yang boleh okay?

Goodluck everyone! And please pray for my masters degree =)

Used to, not anymore

As I am building hard wall around me, I still sometimes came across his name a few times. And that, is very annoying to me. Really.

Thought I am that smart enough for not clicking his profile nor stalking him, this tangles still wandering not knowing its place. And that, is very bothering.

I'm sorry but I get to ignore my used-to-be bestfriend too.
I wanted to ask how you (bestfriend) been doing. Well, I also wanted to leave a comment on how we 1st met too, but as soon as I viewing the comments section, that so-called name appeared so I lost all my exciting mood. I think, I'm just gonna leave it here,

KFC. haha
Remember?

I'm sorry if it seems that there's boundaries between us. Never meant to. And as far as one can tell, you're one of my best-guy-friend I've ever met. You're a very good listener since I was 16-teen. You listen to my curses, my very big mind blowing wonders, my sad feeling and the happy one :') But whenever we started talking, you'll remind me of that one guy. And I would never wanted that.  So when I tried forgetting him, I tend to neglect you too. You know how bad I tried kan? haha. Surely you do. It came to the point that I wanted to unfriend you on Facebook, but that doesn't seem allright at all, you can't be dragged into my personal moving-on-thing up to that extent. lol.

Korek, 
Please know that all this while, I value our friendship very much. 
Thank you for all the time spent.
Just, thank you. 

Friday, May 27, 2016

Be & stay strong

It rains in Kuantan today. You know how much I enjoy rainy days. Weirdly, though people say raining is a bad weather but I seem to feel the other way round. Rainy days are perfectly comforting to me. However, despite of how I enjoy the rainy days, I can never neglect the fact that it is actually pretty gloomy. Nayy I don't know. Hmm

Jadi kalau langit pun boleh menangis apatah lagi hati manusia, kan?

Today I received a heart breaking news. A very good friend of mine since highschool lost her dad. And the worst part is I wasn't there to make her feel better. I deeply know how it feels. It is not easy, and never it will be. I received her call around 3am in the morning, telling me her dad is gone. I can tell she was crying. But the best thing I can do is just praying that Allah ease everything for her and her family. I pray that Allah will give you strength to face these challenging days ahead. You know how I constantly remind you to live with Quran? It reminds me the night when I lost my mom. My Muslim Pro apps on my phone notified me with such a remarkable message from Quran.

"Then did you think that We created you uselessly and that to Us you would not be returned?"

Al-mukminun;115

Whenever I read the verse, it makes me think that all this lives are temporary and every promises He said is true because everyone shall taste it. Shall taste death. It is the matter how you deal with it. World is even temporary.

Be strong. Stay strong.
Al-fatihah

Saturday, May 7, 2016

Loneliness

Rakan-rakan,
tak sabar nak jumpa korang kat KL minggu depan! Excited pulak rasa. Bestnya nak overnight rumah korang yang dah bekerja ni. kihkih. Aku rasa macam adik adik lagi pulak sebab masih belajar :')

Buat masa sekarang, sebahagian daripada keterujaan aku ni sebab jumpa balik kawan kawan yang dulu sama sama belajar kat Australia. Nak buat comeback lah konon. Tapi sebahagian lagi ni dipandu oleh kesunyian. wuwuwu. Sebab aku ni kadang suka cakap tak henti. Semua benda aku nak wonder. Sekarang bila dah bilik sorang ni, siapa nak dengar aku membebel? Walaupun aku tahu kerja lab dan reading aku banyak, tapi life feels so empty without close friends.

Okay sekarang dah sebulan kat sini. Uia besar dia yang boleh buat kau semput dan sun-burned kalau kau nak jalan kaki sampai ke main gate dia. Sampai sekarang radius berjalan kaki aku hanyalah dalam lingkungan mahallah dengan kuliyyah of science aje. Hahaha Itupun kuliyyah of science ni betul betul depan mahallah tempat aku tinggal ni. Tapi problemo dia pulak, mahallah ni dibina tinggi atas bukit, bila nak pegi masuk lab bagai tu, kau kena buat pusingan turun bukit siap. Pagi pagi okay lah lagi. Bila tiba lunch break, pukul 12.30pm-2pm camtu, kafe kat kuliyyah of science ni takde. Hah, ni part yang aku betul betul kecewa. Meredah matahari yang terik tu, kau kena balik naik atas balik sebab nak makan. Sadis betul. Peluh usah cerita lah. Lepas lunch aku mandi terus. Wahh, panasnya malaysia ini ya.

Tapi sekarang aku dah bijak sikit, aku turun lab lambat, pukul 10am camtu adalah lauk lauk sikit. Sama ada aku makan siap siap atau aku bawak bekal turun. Jadinya tak perlu aku banyak kali turun naik bukit. Di samping itu juga, aku akan membawa bekal kurma dan kismis serta susu kotak. Bila dah rasa macam lapar atau dehydrated amik lah sebijik dua.

Disebabkan masalah kafe, berjalan kaki dengan intensif, dan agak kesunyian, berat saya dah semakin turun dan saya dah semakin ramping. Aherher

Thursday, May 5, 2016

Sigh

Nak update blog..

Tapi tunggu dulu jap yer bagi proposal ni kemas sikit.

Sabar sikit yer Wan Syafiqa T.T

Lately ni rindu sangat nak ber-blog. Betullah orang kata postgraduate ni takde kawan. Bukan literally takde kawan, tapi semua orang busy sangat yang masing masing hidup dengan lab & bacteria je :/

K, jap lagi sambung
Off for writing